iOS 4.3.3 yang telah dikeluarkan oleh Apple Jumaat lalu kini sudah boleh di jailbreak untethered dengan menggunakan RedSnow 0.9.6rc16. Disebabkan cara untuk melakukan jailbreak ini serupa dengan jailbreak yang lalu, saya akan copy paste step serta gambar dan edit beberapa perkara sahaja.
Keperluan:
1. iDevice yang menggunakan iOS 4.3.3 (tutorial menggunakan iPhone 4)
Kaedah Jailbreak:
1. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau.
2. Download file redsnow dan IPSW dan letakkan di dalam satu folder di desktop bagi memudahkan pencarian. Pengguna mac download redsnow for mac dan pengguna windows download redsnow for windows. Download file IPSW iOS4.3.3 mengikut model iDevice anda.
3. Buka file redsnow dan browse file IPSW iOS 4.3.3.
4. Redsnow akan proses file IPSW dan apabila selesai, klik button Next.
5. Pastikan kotak Install Cydia ditandakan dan klik button Next. Redsnow akan memberi arahan untuk mematikan iDevice anda dan plug in kabel USB iDevice tersebut kepada PC anda.
6. Ikut arahan di screen redsnow untuk memastikan iDevice anda memasuki mode DFU. Tekan button Power selama 3 saat. Seterusnya tanpa melepaskan button power, tekan pula button home selama 10 saat. Kemudian, tanpa melepaskan button home, lepaskan button power dan biarkan tekanan pada button home tadi selama 15saat. Redsnow kemudian akan mengekploitasi iDevice anda dan biarkan sahaja iDevice anda sehingga selesai. Anda akan nampak pelbagai tulisan dan code pada screen idevice anda dan akan ada gambar nanas sedang berlari. Tunggu sehingga idevice anda restart.
7. Sesudah iDevice anda restart, icon Cydia akan muncul pada page kedua anda (sekiranya page ke2 tidak penuh.) Klik Cydia dan pilih USER. Cydia akan download pakej-pakej tertentu dan sekali lagi akan membuatkan idevice anda restart.
8. Apabila idevice anda selesai restart, TAHNIAH, anda sudah jailbreak idevice anda.
Sudahkah anda jailbreak untethered iOS 4.3.3 dengan Redsnow 0.9.6rc16? Kongsikan pengalaman anda di bawah.
June 4, 2011 at 11:16 PM
Mengapakah perlu diupgrade dulu ke ios 4.3.3 sebelum jailbreak?
June 5, 2011 at 7:17 AM
@Anonymous
Sbb itu cara paling selamat dan dicadangkan oleh jailbreak community
http://www.redsn0w.us/2011/06/how-to-upgrade-from-existing-jailbreak.html
June 5, 2011 at 7:36 AM
@Anonymous
BTW, kalau xnak upgrade dulu, gunakan jailbreak snowbreeze
June 16, 2011 at 6:06 AM
bro thankz.. 2,3 bln jgk nk jailbrake akhirnya kali ni berjaya.. tq bro for ur info
June 16, 2011 at 4:36 PM
heheh..cik bin ni...
aku x pat nk wat lg...nnt la aku try lg...
so,tutorial ni gerenti warranty x avoid...?trgkan skit, tau ko dh trgkn kat cari, tp aku cam muskil lg..huhu
leh bg link comunity jailbreak tu?..
June 16, 2011 at 4:47 PM
erm...ok aku dh bace blk ko nye komen psl JB ni ...baru nmpk link community JB tu...heheh..
June 17, 2011 at 10:07 AM
@Anonymous
Tahniah, welcome to da club
August 19, 2011 at 12:25 PM
hai...saya dh jailbreak.. tp su lupa nk upgrade iPhone sy..so skrg my iPhone masih lagi ios 4.2.1, mana mana nk upgrade 4.3.3??
August 24, 2011 at 8:54 AM
Gunakan cara ini. Ikut segala keperluan
September 6, 2011 at 8:52 PM
Camne nak jailbreak ipad 2 4.3.5. Dah try downgrade pon tak boleh
September 7, 2011 at 8:45 AM
@hasyim: buat masa ini, ipad 2 hanya boleh di jailbreak pada iOS 4.3.3 sahaja dengan menggunakan jailbreakme 3.0. iOS 4.3.5 utk iPad 2 masih tiada dan tidak akan ada kerana jailbreak community simpan jailbreak tersebut utk ios 5 yg akan dilancarkan pada bulan 10. Jadi harap kita semua dapat bersabar.
iPad 2 kalau sudah terupgrade ke 4.3.4 or 4.3.5 mmg tidak boleh buat apa lagi. Tunggu sahaja iOS 5
June 29, 2012 at 4:19 PM
nk tanye ... jika sudah jailbreak n cydia pon ade ... ape fungsinya installous? sbb after doing this jailbreak, iphone sy xde installous pon so perlu ke installous tu?
June 29, 2012 at 4:21 PM
Installous utk install game or apps secara percuma.. Kurang beretika