[Review] Dropbox


Dropbox adalah satu aplikasi yang membolehkan anda menyimpan data di internet dan memudahkan anda untuk access maklumat tersebut di mana sahaja. Dropbox memberikan space sebanyak 2GB secara percuma kepada pengguna dan sekiranya pengguna ingin mendapat space yang lebih, terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut keperluan pengguna. Dengan kata lain, Dropbox bertindak seperti pendrive yang boleh di access di mana sahaja dengan sambungan internet.

bagi menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu mendaftar akaun di Dropbox. Seterusnya, pengguna akan install aplikasi ini di PC/Laptop. Dropbox akan memaparkan folder di PC/Laptop pengguna dan pengguna boleh drop atau memasukkan apa sahaja file yang dikehendaki.

Dropbox juga boleh di install di smartphone seperti iPhone. Segala file yang terdapat di Dropbox yang telah dimasukkan data di PC/Laptop akan boleh juga di access di iPhone pengguna dan begitu juga sebaliknya. Pengguna juga boleh menggeluarkan link untuk setiap file atau folder yang di share untuk memberi link ini kepada rakan bagi membolehkan mereka access atau download file berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya file yang mahu dihantar agak besar dan tidak boleh diattach di emel, pengguna hanya perlu memberikan link file berkenaan di emel tersebut untuk di access oleh penerima. Berikut adalah beberapa screenshot berkenaan aplikasi Dropbox di Macbook Pro dan iPhone. Selamat mencuba.








Sudahkah anda menggunakan aplikasi Dropbox ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] Dropbox"