[Review] MalaysiaMaps


Ok, kali ni aku nak review pasal aplikasi iPhone daripada Malaysia yang dinamakan MalaysiaMaps. Ia boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store yang disediakan juga untuk versi iPad. Aplikasi ini adalah aplikasi GPS-based yang akan memberitahu lokasi anda berada di peta yang disediakan dan menyenaraikan lokasi-lokasi penting di sekeliling anda. Peta yang disediakan agak lengkap dan pengguna boleh menggunakan button zoom (+ or -) untuk mendapatkan paparan zoom peta yang dikehendaki. 

 

Terdapat beberapa tab di bawah peta di aplikasi tersebut yang boleh digunakan untuk kemudahan anda. Tab Search adalah untuk mencari lokasi pilihan dengan taipan nama tempat, tab Business adalah untuk memaparkan lokasi perniagaan di kawasan berhampiran, tab Tips untuk mengetahui tips yang ditinggalkan oleh pengguna lain bagi lokasi kawasan berhampiran dan tab Nearby untuk memaparkan segala lokasi berhampiran anda. Di tab Nearby juga, pilihan kategori disediakan untuk memudahkan pengguna sorting lokasi mengikut kategori pilihan.

 

  

  

Apabila tab More di tekan, 2 tab baru akan muncul iaitu Traffic dan Settings. Tab Traffic akan memaparkan camera view CCTV bagi pelbagai lebuhraya utama di Kuala Lumpur/Selangor. Dengan ini anda akan dapat melihat keadaan semasa di lebuhraya berkenaan dan sedikit sebanyak boleh merancang perjalanan anda. Button Refresh boleh ditekan untuk update paparan masa CCTV. 

 




Di tab Settings pula, anda boleh menambah lokasi baru sekiranya anda ingin berkongsi lokasi yang tiada dalam senarai Malaysia Maps ini. Di sini juga anda boleh link akaun Facebook anda dengan aplikasi ini.


Walau bagaimanapun terdapat kelemahan atau bug kepada aplikasi ini. Jika diikutkan menu aplikasi ni, terdapat fungsi Directions To Here di lokasi pilihan pengguna tetapi apabila ianya ditekan, aplikasi memaparkan No Result. Mungkin perkara ini akan diperbaiki dalam versi yang akan datang.

 

Secara keseluruhannya, aplikasi ini akan menarik untuk mengetahui tempat-tempat utama di lokasi sekeliling anda dan pencarian lokasi tersebut. Sudahkah anda menggunakan aplikasi MalaysiaMaps ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

0 Response to "[Review] MalaysiaMaps"