[Review] Personal Hotspot SBSettings Toggle (Cydia App)


Personal Hotspot sudah pasti merupakan perkataan yang tidak asing bagi pengguna iOS 4.3. Ia adalah service yang ditambah kepada pengguna iPhone bagi membolehkan iPhone bertindak sebagai modem kepada device lain samada melalui kabel USB mahupun secara wireless (wifi/bluetooth). Untuk mengaktifkan ataupun sebaliknya fungsi ini, pengguna perlu memasuki menu Settings di iPhone dan seterusnya memasuki menu Hotspot untuk on/off Hotspot via wifi/Bluetooth atau USB. Ini merupakan sesuatu yang agak menjengkelkan bagi sesetengah pengguna.

Kini, pengguna iPhone jailbreak dapat mengatasi masalah ini. Personal Hotspot SBSettings Toggle boleh dimuat turun secara percuma di Cydia yang akan menambah icon Personal Hotspot di SBSetings iPhone pengguna. Bagi mengaktifkan Hotspot, pengguna hanya perlu klik icon tersebut dan satu menu akan keluar untuk membuat pilihan hotspot. Begitu juga untuk mematikan semula Personal Hotspot tersebut. Ia merupakan shorcut yang harus dimiliki oleh pengguna iPhone jailbroken bagi iOS 4.3.

 

Sudahkah anda menggunakan Personal Hotspot SBSettings Toggle ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

4 Response to "[Review] Personal Hotspot SBSettings Toggle (Cydia App)"

  1. Anonymous Says:

    sy dah guna apps nie. tapi xboleh nk connect.. knp? adakah personal hotspot ni boleh guna apple je.. sbb sy guna kt laptop dpt detect tapi xblh connect

  2. bacteria82 Says:

    @Anonymous
    1st sekali pastikan anda menggunakan iOS 4.3.3.
    Kalau anda pakai Windows 7, kena tunggu sehingga windows verify connection (pilih home workgroup).

  3. Anonymous Says:

    Tq for the infomation.. Tp klu guna utk hp mcm mana plak.. Sy dh masuk passwrd tp still xde connection

  4. bacteria82 Says:

    Sepatutnya sama je..