[Review] PictureMe (Cydia App)

 

PictureMe merupakan aplikasi Cydia yang melengkapkan lagi fungsi iPhone. Ia berfungsi untuk membolehkan Camera asal iPhone menangkap gambar secara rapid dan menambah timer untuk penangkapan gambar. Ia dengan kata lain memudahkan proses penangkapan gambar diri sendiri dan mungkin kerana ini, ia diberi nama PictureMe. Anda akan dapat melihat simbol arrow ditambah pada interface Camera dan apabila ditekan, ia akan mengeluarkan menu untuk  ON/OFF timer mahupun rapid shot. Buat masa ini, pengguna hanya boleh menghidupkan salah satu daripada fungsi tersebut dan diharap versi akan datang, kedua-dua ini akan dapat digunakan secara serentak (ada ke orang nak rapid shot gambar sendiri? LOL).

PictureMe boleh di download secara berbayar dengan harga USD1.99 di source BigBiss atau secara percuma di bawah source http://ihacksrepo.com. Selamat mencuba. 

 

Sudahkah anda menggunakan aplikasi PictureMe ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

0 Response to "[Review] PictureMe (Cydia App)"