[Review] NowListening (Cydia App)


Semakin hari, semakin banyak tweak dan aplikasi Cydia yang telah dihasilkan oleh para pembangun untuk OS terbaru Apple iaitu iOS 5. NowListening merupakan tweak yang menarik di mana ia akan memaparkan banner yang memberitahu lagu yang sedang dimainkan oleh Music iPhone pengguna. 

Banner yang dipaparkan adalah sama seperti banner apabila pengguna mendapat notifikasi seperti SMS, notifikasi Facebook dan sebagainya. Ia akan memaparkan banner tersebut sekejap dan hilang setelah memaparkannya selama lebih kurang 5 saat. Ia berlaku setiap kali lagu di Music bertukar.

   

Tweak ini boleh dimut turun secara percuma di Cydia di source BigBoss. Sudahkah anda menggunakan tweak NowListening ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] ClockCenter (Cydia App)

12:31 PM by Bro Bac 0 comments

ClockCenter merupakan satu lagi tweak Cydia yang berfungsi di Notification Center pengguna iaitu dengan memberi tambahan sebuah jam analog berserta hari dan tarikh. Ia juga merupakan tweak yang boleh dimuat turun secara percuma di source BigBoss.

Setelah instalasi dan respring iPhone, seperti biasa pengguna harus mengaktifkan tweak ini di Settings > Notifications. ClockCenter kemudiannya akan muncul dengan gahnya di Notification Center pengguna.


Sudahkah anda menggunakan tweak ClockCenter ini? Berikan pendapat anda di bawah.

[Review] WeeFlashlight (Cydia App)

12:19 PM by Bro Bac 0 comments

Para pembangun (developer) aplikasi / tweak Cydia banyak menghasilkan aplikasi yang boleh dipadankan dengan ciri terbaru iOS iaitu tidak lain dan tidak bukan Notification Center. WeeFlashlight merupakan salah satu aplikasi Cydia yang memberi fungsi untuk menghidup atau mematikan flashlight atau lampu iPhone di Notification Center. Ia boleh dimuat turun secara percuma di source BigBoss.


Setelah respring iPhone, pengguna harus mengaktifkan tweak ini di Settings > Notification. WeeFlashlight akan muncul di Notification Center pengguna bagi memudahkan penggunaan Flash atau lampu terutama sekali apabila ingin menunaikan solat Isyak di surau pada waktu malam yang gelap gelita.

   

Sudahkah anda menggunakan tweak WeeFlashlight ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Tutorial] Jailbreak Tethered iOS 5 Dengan RedSnow 0.9.9b7 untuk Mac/Windows

7:55 AM by Bro Bac 8 comments

Rasanya telah ramai pengguna peranti-i (iDevice) telah mencuba iOS 5 iaitu OS terbaru yang telah diperkenalkan oleh Apple di mana terdapat lebih daripada 200 ciri-ciri baru yang menyenangkan pengguna. Bagi yang sebelum ini pernah jailbreak peranti-i mereka, pasti merasakan ianya masih tidak lengkap tanpa jailbreak ini. Entri kali ini akan menunjukkan cara untuk jailbreak iOS 5 bagi semua jenis peranti-i. Jailbreak bagi iOS 5 masih tethered iaitu anda harus menyambungkan peranti-i kepada komputer dan melaksanakan semula proses jailbreak untuk memasuki mod tethered setiap kali peranti-i anda perlu reboot atau off. Semua peranti-i yang boleh memakai iOS 5 boleh menggunakan cara ini kecuali iPad 2 dan iPhone 4S.

Keperluan:
1. Peranti-i yang menggunakan iOS 5.0
2. Redsnow 0.9.9b7 (Mac / Windows)

Kaedah jailbreak:
1. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

2. Muat turun fail Redsnow 0.9.9b7 dan letakkan di dalam satu folder di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Redsnow disediakan di link di atas.

3. Buka fail Redsnow dan pilih jailbreak. Sambung peranti-i anda dengan kabel USB dan matikan peranti-i tersebut. Pilih next.

4. Ikut arahan di screen Redsnow untuk memastikan peranti-i anda memasuki mode DFU. Tekan button Power selama 3 saat. Seterusnya tanpa melepaskan button power, tekan pula button home selama 10 saat. Kemudian, tanpa melepaskan button home, lepaskan button power dan biarkan tekanan pada button home tadi selama 15saat. Redsnow kemudian akan mengekploitasi peranti-i anda dan biarkan sahaja sehingga selesai. Anda akan nampak pelbagai tulisan dan code pada screen peranti-i anda dan akan ada gambar nanas sedang berlari. Tunggu sehingga peranti-i anda restart.


5. Sesudah peranti-i anda restarticon Cydia akan muncul pada homescreen peranti-i anda. Icon Cydia anda akan berwarna putih kerana masih belum memasuki mode tethered. Matikan semula peranti-i anda.

6. Buka semula program Redsnow. Pilih pilihan Extra di Redsnow. Anda akan mendapat paparan screen seperti di ScreenShot berikut. Pilih Just boot.

7. Lakukan semula proses memasuki mode DFU seperti kaedah 4. Peranti-i anda akan restart semula selepas logo nanas yang telah digigit muncul di screen peranti-i anda.


8. Tekan Cydia dan pilih USER. Cydia akan memuat turun pakej-pakej tertentu. Pastikan peranti-i anda mempunyai sambungan internet. Tahniah! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i anda.

9. Sila tambah source-source yang penting seperti di dalam arahan ENTRI INI.


Tips: Ulangi kaedah 6-7 sekiranya peranti-i anda perlu reboot selepas install aplikasi Cydia tertentu.

P/S: Ya, Redsnow terbaru ini tidak memerlukan fail firmware.ipsw seperti sebelum-sebelum ini. Satu pembaruan yang baik bagi Dev-Team. Terima kasih dan syabas kepada mereka.

Update: Dev team telah mengeluarkan RedSnow 0.9.10 beta 5 yang boleh digunakan untuk melakukan jailbreak untethered iOS 5.0.1 untuk semua peranti-i A4.

Redsnow 0.9.10 beta 5 (Mac, Windows)

Lakukan kaedah seperti 1 sehingga 5 dan 8 sehingga 9 dengan menggunakan fail Redsnow 0.9.10 beta 5 seperti link di atas.

Bagi jailbreak untethered untuk iOS 5.0.1 bagi peranti-i A5 (iPhone 4S dan iPad 2), rujuk TUTORIAL INI.