[Review] DreamBoard (Cydia App)

DreamBoard merupakan alternatif untuk menukar theme iPhone pengguna jailbreak selain daripada penggunaan Winterboard. Theme yang digunakan menukar operasi dan theme yang terdapat di iPhone dan akan memberi pengalaman seperti mengguna smartphone HTC, Windows Mobile 7, WebApple dan sebagainya mengikut theme DreamBoard yang dipilih. 

Berikut adalah cara untuk installation aplikasi DreamBoard ini.

1.Pastikan anda mempunyai source Xsellize. Alamat bagi source tersebut adalah http://cydia.xsellize.com/

2. Search DreamBoard Connection Blocker dan install aplikasi ini terlebih dahulu.


3. Setelah respring, search DreamBoard dan install dari source Xsellize.

 

4. Tahniah, anda telah berjaya install aplikasi DreamBoard ini.

Anda akan mendapat theme default iaitu Endroid yang memberi paparan seperti smartphone HTC Android. Untuk menggunakan theme ini, anda perlu klik ke icon DreamBoard di Homescreen anda. Slide ke kanan dan pilih paparan theme Endroid tersebut. Pilih edit dan klik pada icon atau petak kosong untuk menambah atau menukar aplikasi pilihan anda. Tekan Homebutton untuk save setting icon anda.

 

 

Bagi menukar Weather kepada Kuala Lumpur atau lain-lain lokasi di Malaysia, masukkan alamat berikut di Safari: http://www.edg3.co.uk/snippets/weather-location-codes/malaysia/. Masukkan code pilihan lokasi (contoh Kuala Lumpur: MYXX0008) di icon huruf i di bahagian Weather theme Endroid itu (bahagian atas kanan). Anda akan mendapat cuaca terkini di lokasi pilihan anda tadi. Animasi seperti hujan, awan dan sebagainya boleh di on/off dengan menekan button + di bahagian bawah kanan theme Endroid.

Tips: Untuk menukar unit suhu Weather kepada Celcius, anda perlu mempunyai aplikasi iFile. Masuk iFile dan pergi ke Dreamboard/Endroid/Widgets/HTC dan pilih Text Viewer terhadap file functions.js. Search url "http://weather.yahooapis.com/forecastrss?u=f&p=". Click edit dan tukarkan u=f&p kepada u=c&p. Sesudah save, pergi pula ke Dreamboard/Endroid/Widgets/LAW dan pilih Text Viewer terhadap file functions.js dan lakukan seperti di atas. Sesudah save, respring iPhone anda dan Weather di theme Endroid akan memaparkan suhu dalam unit Celcius.

 

Untuk kembali ke theme iOS asal, klik button DreamBoard dan pilih theme iOS seperti gambar rajah di bawah. Slide ke kiri dan kanan untuk memilih theme.


 Berikut adalah screenshot DreamBoard bagi:

a) Theme N6 HD



b) Theme AppleWeb

 


Walaupun aplikasi DreamBoard ini menarik dan menawan, ia terdapat 1 kelemahan yang nyata. Sekiranya terdapat misscall atau sms/email/Whatsapp yang belum dibaca, ia tudak memberikan notifikasi nombor merah di icon seperti yang terdapat pada theme asal iOS. Hopefully masalah ini akan diatasi dalam versi yang akan datang.

Video ini adalah penggunaan DreamBoard di iPhone 4. Credit to Smokin Aces.


Update 18/6/2011: DreamBoard telah mengeluarkan update di mana ianya menjadi lebih stabil dan masalah sistem notifikasi seperti yang diberitahu di atas telah diperbaiki.



Sudahkah anda menggunakan aplikasi DreamBoard ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

4 Response to "[Review] DreamBoard (Cydia App)"

  1. Anonymous Says:

    This is Best Bro!..hahah

  2. JiMMy Says:

    kenapa x jmpa apps dreamboard connection blocker?

  3. Unknown Says:

    Dah xde ker? Dah letak source xsellize?? Kalau xde, maybe sbb dah lama kot..

  4. JiMMy Says:

    klu xdew,xblh install dreamboard ke??