[Review] NowListening (Cydia App)


Semakin hari, semakin banyak tweak dan aplikasi Cydia yang telah dihasilkan oleh para pembangun untuk OS terbaru Apple iaitu iOS 5. NowListening merupakan tweak yang menarik di mana ia akan memaparkan banner yang memberitahu lagu yang sedang dimainkan oleh Music iPhone pengguna. 

Banner yang dipaparkan adalah sama seperti banner apabila pengguna mendapat notifikasi seperti SMS, notifikasi Facebook dan sebagainya. Ia akan memaparkan banner tersebut sekejap dan hilang setelah memaparkannya selama lebih kurang 5 saat. Ia berlaku setiap kali lagu di Music bertukar.

   

Tweak ini boleh dimut turun secara percuma di Cydia di source BigBoss. Sudahkah anda menggunakan tweak NowListening ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] ClockCenter (Cydia App)

12:31 PM by Bro Bac 0 comments

ClockCenter merupakan satu lagi tweak Cydia yang berfungsi di Notification Center pengguna iaitu dengan memberi tambahan sebuah jam analog berserta hari dan tarikh. Ia juga merupakan tweak yang boleh dimuat turun secara percuma di source BigBoss.

Setelah instalasi dan respring iPhone, seperti biasa pengguna harus mengaktifkan tweak ini di Settings > Notifications. ClockCenter kemudiannya akan muncul dengan gahnya di Notification Center pengguna.


Sudahkah anda menggunakan tweak ClockCenter ini? Berikan pendapat anda di bawah.

[Review] WeeFlashlight (Cydia App)

12:19 PM by Bro Bac 0 comments

Para pembangun (developer) aplikasi / tweak Cydia banyak menghasilkan aplikasi yang boleh dipadankan dengan ciri terbaru iOS iaitu tidak lain dan tidak bukan Notification Center. WeeFlashlight merupakan salah satu aplikasi Cydia yang memberi fungsi untuk menghidup atau mematikan flashlight atau lampu iPhone di Notification Center. Ia boleh dimuat turun secara percuma di source BigBoss.


Setelah respring iPhone, pengguna harus mengaktifkan tweak ini di Settings > Notification. WeeFlashlight akan muncul di Notification Center pengguna bagi memudahkan penggunaan Flash atau lampu terutama sekali apabila ingin menunaikan solat Isyak di surau pada waktu malam yang gelap gelita.

   

Sudahkah anda menggunakan tweak WeeFlashlight ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Tutorial] Jailbreak Tethered iOS 5 Dengan RedSnow 0.9.9b7 untuk Mac/Windows

7:55 AM by Bro Bac 8 comments

Rasanya telah ramai pengguna peranti-i (iDevice) telah mencuba iOS 5 iaitu OS terbaru yang telah diperkenalkan oleh Apple di mana terdapat lebih daripada 200 ciri-ciri baru yang menyenangkan pengguna. Bagi yang sebelum ini pernah jailbreak peranti-i mereka, pasti merasakan ianya masih tidak lengkap tanpa jailbreak ini. Entri kali ini akan menunjukkan cara untuk jailbreak iOS 5 bagi semua jenis peranti-i. Jailbreak bagi iOS 5 masih tethered iaitu anda harus menyambungkan peranti-i kepada komputer dan melaksanakan semula proses jailbreak untuk memasuki mod tethered setiap kali peranti-i anda perlu reboot atau off. Semua peranti-i yang boleh memakai iOS 5 boleh menggunakan cara ini kecuali iPad 2 dan iPhone 4S.

Keperluan:
1. Peranti-i yang menggunakan iOS 5.0
2. Redsnow 0.9.9b7 (Mac / Windows)

Kaedah jailbreak:
1. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

2. Muat turun fail Redsnow 0.9.9b7 dan letakkan di dalam satu folder di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Redsnow disediakan di link di atas.

3. Buka fail Redsnow dan pilih jailbreak. Sambung peranti-i anda dengan kabel USB dan matikan peranti-i tersebut. Pilih next.

4. Ikut arahan di screen Redsnow untuk memastikan peranti-i anda memasuki mode DFU. Tekan button Power selama 3 saat. Seterusnya tanpa melepaskan button power, tekan pula button home selama 10 saat. Kemudian, tanpa melepaskan button home, lepaskan button power dan biarkan tekanan pada button home tadi selama 15saat. Redsnow kemudian akan mengekploitasi peranti-i anda dan biarkan sahaja sehingga selesai. Anda akan nampak pelbagai tulisan dan code pada screen peranti-i anda dan akan ada gambar nanas sedang berlari. Tunggu sehingga peranti-i anda restart.


5. Sesudah peranti-i anda restarticon Cydia akan muncul pada homescreen peranti-i anda. Icon Cydia anda akan berwarna putih kerana masih belum memasuki mode tethered. Matikan semula peranti-i anda.

6. Buka semula program Redsnow. Pilih pilihan Extra di Redsnow. Anda akan mendapat paparan screen seperti di ScreenShot berikut. Pilih Just boot.

7. Lakukan semula proses memasuki mode DFU seperti kaedah 4. Peranti-i anda akan restart semula selepas logo nanas yang telah digigit muncul di screen peranti-i anda.


8. Tekan Cydia dan pilih USER. Cydia akan memuat turun pakej-pakej tertentu. Pastikan peranti-i anda mempunyai sambungan internet. Tahniah! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i anda.

9. Sila tambah source-source yang penting seperti di dalam arahan ENTRI INI.


Tips: Ulangi kaedah 6-7 sekiranya peranti-i anda perlu reboot selepas install aplikasi Cydia tertentu.

P/S: Ya, Redsnow terbaru ini tidak memerlukan fail firmware.ipsw seperti sebelum-sebelum ini. Satu pembaruan yang baik bagi Dev-Team. Terima kasih dan syabas kepada mereka.

Update: Dev team telah mengeluarkan RedSnow 0.9.10 beta 5 yang boleh digunakan untuk melakukan jailbreak untethered iOS 5.0.1 untuk semua peranti-i A4.

Redsnow 0.9.10 beta 5 (Mac, Windows)

Lakukan kaedah seperti 1 sehingga 5 dan 8 sehingga 9 dengan menggunakan fail Redsnow 0.9.10 beta 5 seperti link di atas.

Bagi jailbreak untethered untuk iOS 5.0.1 bagi peranti-i A5 (iPhone 4S dan iPad 2), rujuk TUTORIAL INI.

[Review] SuperSlider (Cydia App)


SuperSlider merupakan sebuah lagi tweak yang memberi shortcut di LockScreen iPhone anda untuk membuka sebarang aplikasi pilihan anda. Ia sangat simple dan boleh dimuat turun secara percuma di source utama Cydia, BigBoss. Tweak ini akan memberi Menu di Settings iPhone untuk anda membuat pilihan aplikasi yang diingini di LockScreen iPhone. Sesudah memilih, tweak ini akan memberi logo Apple di sebelah slider di LockScreen iPhone dan apabila logo ini ditap, ia akan terus membuka aplikasi pilihan anda.

Berikut adalah screenshot bagi aplikasi ini.

 



Sudahkah anda menggunakan tweak SuperSlider ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] GrayScaleIcons (Cydia App)


GrayScaleIcons adalah sebuah tweak Cydia yang memberi perubahan kepada icon anda dengan memberi icon dalam warna GrayScale. Tweak ini mungkin akan digemari oleh para photographer yang beranggapan sesetengah gambar hitam putih adalah satu kesenian (#LOL). Tweak ini boleh dimuat turun secara percuma di source BigBoss dan ia tidak memberi sebarang icon mahupun menu pada Settings iPhone anda. Background, badges pada icon dan lain-lain fungsi iPhone tidak berada dalam warna GrayScale.

Berikut adalah screenshot bagi tweak ini.

 

Sudahkah anda menggunakan tweak GrayScaleIcons ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] Custom Lock (Cydia App)

9:35 PM by Bro Bac 0 comments

Custom Lock merupakan satu lagi tweak ringkas yang membolehkan anda untuk menukar default clock kepada text pilihan anda di LockScreen di iPhone. Custom Lock boleh dimuat turn secara percuma di source utama Cydia, BigBoss. Sesudah installation, menu Custom Lock akan wujud di Settings iPhone. Anda boleh menukar text pilihan anda di bahagian Clock dan tulisan kecil di bawahnya. Anda juga boleh memilih warna pilihan anda untuk text-text tersebut. 

Berikut adalah screenshot penggunaan tweak ini.

 

Sudahkah anda menggunakan tweak Custom Lock ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] Orbit (Cydia App)


Orbit merupakan sebuah Cydia App yang memberi peluang kepada anda untuk merasai Expose di iPhone sebagaimana anda menggunakannya di Mac OS X. Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah itu Expose, ia merupakan feature yang terdapat di Mac OS X di mana anda boleh membuat beberapa Desktop dan meletakkan beberapa running application di Desktop pilihan bagi memudahkan anda manage aplikasi-aplikasi tersebut dengan sistematik. 

Screenshot berikut adalah Expose yang digunakan di Mac OS X.


Ok, kembali semula kepada Orbit. Ia akan memberi sebuah icon di SpringBoard iPhone anda setelah proses installation yang berfungsi untuk mengaktifkan aplikasi ini. Apabila Orbit ini diaktifkan, anda akan dapat melihat semua page di iPhone anda bersama dengan page Spotlight ala-ala Expose yang terdapat di Mac OS X. Pasti sukar untuk mengaktifkan Orbit ini jikalau setiap kali mahu mengaktifkan, anda terpaksa menekan icon tersebut bukan? Di sinilah Activator memainkan peranan. Anda boleh set Orbit untuk diaktifkan dengan cara pilihan anda di Activator di bawah menu AnyWhere. Saya menggunakan pengaktifan Swipe Down iaitu menarik jari dari bahagian Clock iPhone ke SpringBoard.

Berikut adalah screenshot bagi aplikasi Orbit ini.

 

Sudahkah anda menggunakan aplikasi Cydia Orbit ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] HomeScreen Settings (Cydia App)


Homescreen Settings merupakan tweak Cydia yang memboleh anda membuat shortcut di Homescreen iPhone bagi Settings yang dikehendaki. Settings yang ditambah akan memberikan icon baru di HomeScreen iPhone bagi membolehkan anda terus access Settings tersebut sebagaimana anda meletakkan bookmark daripada Safari. Tweak ini bukan sahaja membenarkan anda meletakkan shortcut untuk Settings seperti Wallpaper, Sounds, Personal Hotspot dan sebagainya tetapi turut membenarkan anda untuk meletakkan settings Cydia app seperti Barrel dengan mudah. Berikut adalah screenshot bagi tweak ini.

 

 

 

Sudahkah anda menggunakan tweak HomeScreen Settings ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] CameraLock (Cydia App)


CameraLock merupakan sebuah lagi tweak Cydia yang menambah shortcut di LockScreen anda dengan penambahan fungsi camera. Ya, jikalau anda perasan, ia merupakan feature yang terdapat pada iOS 5 yang akan dapat kita semua gunakan pada bulan 7 nanti. Seperti FlashLock, tweak ini dapat dimuat turun secara percuma di bawah source http://filippobiga.me/repo.

Sesudah installation, CameraLock perlu diaktifkan di Setting iPhone anda. Anda akan diberi beberapa menu settings bagi tweak ini. Always Show Button adalah untuk ON fungsi ini di LockScreen anda. Selain itu anda boleh menukar camera app dan camera mode untuk berada di LockScreen anda.

Berikut adalah screenshot CameraLock ini.

 

 

Sudahkah anda menggunakan tweak CameraLock ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] SlideTime (Cydia App)


SlideTime merupakan sebuah lagi tweak Cydia yang mengubahsuai perkataan pada slider di LockScreen iPhone anda kepada masa atau jam. Ia boleh dimuat turun secara percuma di bawah source asas Cydia iaitu BigBoss. SlideTime tidak memberi icon baru mahupun menu settings di iPhone. Sesudah proses installation, perkataan Slide to Unlock akan berubah kepada masa atau jam di Iphone. 


Sudahkah anda menggunakan tweak SlideTime ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] LockAlert (Cydia App)

 

LockAlert merupakan tweak Cydia yang ringkas yang berfungsi untuk menutup sebarang notification di LockScreen iPhone anda. Ia boleh dimuat turun secara percuma di source asas Cydia iaitu Modmyi.com. Setelah memuat turun, LockAlert boleh di ON/OFF di bahagian Settings iPhone anda. Berikut adalah screenshot bagi tweak LockAlert. 

Tanpa AlertLock

Dengan LockAlert

Sudahkah anda menggunakan tweak LockAlert ini? Kongsikan pendapat anda di bawh.