[Review] Stampr (Cydia App)


Bagi mereka yang meminati catatan tarikh pada gambar sudah pasti akan menyukai sebuah aplikasi Cydia yang diberi nama Stampr. Aplikasi Stampr ini akan mengwujudkan sebuah gambar yang mempunyai catatan tarikh dan masa pada bahagian bawah gambar yang disnap melalui camera asal iPhone selain mengekalkan gambar asal. Antara settings yang boleh diubah oleh pengguna adalah saiz dan warna catatan tarikh tersebut serta sistem 24 jam. Pengguna juga boleh menambah perkataan custom yang diminati yang boleh dijadikan watermark untuk gambar-gambar yang disnap oleh pengguna.

 

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan pada aplikasi ini. Gambar baru yang diwujudkan bersama catatan tarikh telah dikurangkan resolusinya daripada 2592 X 1936 kepada 512 X 384. Perhatikan gambar di bawah. Diharapkan resolusi asal gambar dapat dikekalkan dalam versi yang akan datang.
 

 

Sudahkan anda menggunakan aplikasi Stamp ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] Stampr (Cydia App)"