Showing posts with label Jailbreak. Show all posts
Showing posts with label Jailbreak. Show all posts

[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 5.1.1 dengan Absinthe 2.0.4 (update)


Jailbreak untethered untuk iOS 5.1.1 telah dilancarkan secara langsung pada penutup Hack In The Box Security Conference 2012 yang sedang berlangsung di Amsterdam pada 21-25 Mei 2012. Terima kasih diucapkan kepada gabungan hackerz iaitu @pod2g, @MuscleNerd, @planetbeing, @p0sixninja, @saurik dan rakan-rakan yang telah berjaya menghasilkan kesinambungan exploit 5.0.1 yang lepas yang kini diberi nama Absinthe 2.0.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan jailbreak tersebut.

Keperluan:
1. Semua Peranti-i Apple yang boleh menggunakan iOS 5.1.1
2. Fail Absinthe v2.0.4 ( Mac , Windows , Linux) - Updated
3. TinyUmbrella ( Mac , Windows )

Persediaan awal:
1. Menyimpan SHSH blob adalah penting kerana ia membolehkan anda untuk kembali kepada firmware yang sedang anda pakai apabila Apple tidak lagi membenarkan firmware itu digunakan. Ia juga berguna untuk anda restore semula ke firmware tersebut sekiranya proses jailbreak gagal.

2. Muat turun fail TinyUmbrella. Setelah instalasi, buka aplikasi itu.

3. Sambungkan peranti-i anda ke komputer.

4. Klik nama peranti-i A5 anda di ruang "CONNECTED DEVICES" dan klik "save SHSH". Tahniah, anda telah menyimpan SHSH blob anda. Tutup aplikasi TinyUmbrella.


5. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Anda juga dinasihatkan untuk melakukan backup dengan iCloud. Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

Kaedah jailbreak:

1. Muat turun file Absinthe dan letakkan di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Absinthe disediakan di link di atas.



2. Buka fail Absinthe. Sambungkan peranti-i anda dengan kabel USB dan pilih jailbreak.

3. Biarkan Absinthe melakukan kerja-kerja jailbreak. Peranti-i anda akan kelihatan seperti sedang melakukan proses restore.






4. Setelah peranti-i  anda on semula, anda akan dapat melihat icon Cydia. Tahniah!!! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i anda. 


5. Masuk ke Cydia dan pilih user. Biarkan Cydia memuat turun segala fail dan akan sekali lagi menyebabkan peranti-i anda restart.


6. Masukkan source yang anda kehendaki. Perkara ini telah dibincangkan dalam Tutorial Ini.

P/S: Seelok-eloknya lakukan jailbreak setelah clean restore firmware peranti-i anda. Bagi menghargai hasil usaha kumpulan jailbreak iOS 5.1.1, anda digalakkan untuk memberi derma mengikut kemampuan anda di LINK INI.

Selamat mencuba dan menderma.

[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 5.0.1 iPhone 4S / iPad 2 dengan Absinthe

Berita terkini! Jailbreak untethered untuk iPhone 4S buat pertama kalinya telah dilepaskan. Terima kasih diucapkan kepada Dream Team iaitu @pod2g, @planetbeing, @saurik, @p0sixninja, @MuscleNerd dan rakan-rakan yang telah berjaya menghasilkan exploit yang diberi nama Absinthe.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan jailbreak tersebut.

Keperluan:
1. Peranti-i A5 (iPhone 4S / iPad 2) yang menggunakan iOS 5.0 / 5.0.1
2. Fail Absinthe v0.3 ( Mac , Windows )
3. TinyUmbrella ( Mac , Windows )

Persediaan awal:
1. Menyimpan SHSH blob adalah penting kerana ia membolehkan anda untuk kembali kepada firmware yang sedang anda pakai apabila Apple tidak lagi membenarkan firmware itu digunakan. Ia juga berguna untuk anda restore semula ke firmware tersebut sekiranya proses jailbreak gagal.

2. Muat turun fail TinyUmbrella. Setelah instalasi, buka aplikasi itu.

3. Sambungkan peranti-i A5 anda ke komputer.

4. Klik nama peranti-i A5 anda di ruang "CONNECTED DEVICES" dan klik "save SHSH". Tahniah, anda telah menyimpan SHSH blob anda. Tutup aplikasi TinyUmbrella.


5. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Anda juga dinasihatkan untuk melakukan backup dengan iCloud. Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

Kaedah jailbreak:


1. Muat turun file Absinthe dan letakkan di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Absinthe disediakan di link di atas.

2. Buka fail Absinthe. Sambungkan peranti-i A5 anda dengan kabel USB dan pilih jailbreak.

3. Biarkan Absinthe melakukan kerja-kerja jailbreak. Peranti-i A5 anda akan kelihatan seperti sedang melakukan proses restore.

 
4. Setelah selesai, peranti-i A5 anda akan restart. Di homescreen, anda akan dapat melihat icon Absinthe. Tap icon tersebut.

5. Absinthe akan memaparkan website chronic team atau screen putih dan menyebabkan peranti-i A5 anda restart semula. (sekiranya tidak berjaya, cuba tekan semula icon Absinthe sehingga berjaya )

6. Setelah peranti-i A5 anda on semula, anda akan dapat melihat icon Cydia. Tahniah!!! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i A5 anda. 

 

7. Masuk ke Cydia dan pilih user. Biarkan Cydia memuat turun segala fail dan akan sekali lagi menyebabkan peranti-i A5 anda restart.

8. Masukkan source yang anda kehendaki. Perkara ini telah dibincangkan dalam Tutorial Ini.

P/S: Seelok-eloknya lakukan jailbreak setelah clean restore firmware anda terutamanya iPad 2 kerana Absinthe akan mengambil masa yang sangat lama untuk melakukan jailbreak bagi iPad 2 yang sarat dengan aplikasi. Selamat mencuba.

[Tutorial] Jailbreak Tethered iOS 5 Dengan RedSnow 0.9.9b7 untuk Mac/Windows


Rasanya telah ramai pengguna peranti-i (iDevice) telah mencuba iOS 5 iaitu OS terbaru yang telah diperkenalkan oleh Apple di mana terdapat lebih daripada 200 ciri-ciri baru yang menyenangkan pengguna. Bagi yang sebelum ini pernah jailbreak peranti-i mereka, pasti merasakan ianya masih tidak lengkap tanpa jailbreak ini. Entri kali ini akan menunjukkan cara untuk jailbreak iOS 5 bagi semua jenis peranti-i. Jailbreak bagi iOS 5 masih tethered iaitu anda harus menyambungkan peranti-i kepada komputer dan melaksanakan semula proses jailbreak untuk memasuki mod tethered setiap kali peranti-i anda perlu reboot atau off. Semua peranti-i yang boleh memakai iOS 5 boleh menggunakan cara ini kecuali iPad 2 dan iPhone 4S.

Keperluan:
1. Peranti-i yang menggunakan iOS 5.0
2. Redsnow 0.9.9b7 (Mac / Windows)

Kaedah jailbreak:
1. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

2. Muat turun fail Redsnow 0.9.9b7 dan letakkan di dalam satu folder di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Redsnow disediakan di link di atas.

3. Buka fail Redsnow dan pilih jailbreak. Sambung peranti-i anda dengan kabel USB dan matikan peranti-i tersebut. Pilih next.

4. Ikut arahan di screen Redsnow untuk memastikan peranti-i anda memasuki mode DFU. Tekan button Power selama 3 saat. Seterusnya tanpa melepaskan button power, tekan pula button home selama 10 saat. Kemudian, tanpa melepaskan button home, lepaskan button power dan biarkan tekanan pada button home tadi selama 15saat. Redsnow kemudian akan mengekploitasi peranti-i anda dan biarkan sahaja sehingga selesai. Anda akan nampak pelbagai tulisan dan code pada screen peranti-i anda dan akan ada gambar nanas sedang berlari. Tunggu sehingga peranti-i anda restart.


5. Sesudah peranti-i anda restarticon Cydia akan muncul pada homescreen peranti-i anda. Icon Cydia anda akan berwarna putih kerana masih belum memasuki mode tethered. Matikan semula peranti-i anda.

6. Buka semula program Redsnow. Pilih pilihan Extra di Redsnow. Anda akan mendapat paparan screen seperti di ScreenShot berikut. Pilih Just boot.

7. Lakukan semula proses memasuki mode DFU seperti kaedah 4. Peranti-i anda akan restart semula selepas logo nanas yang telah digigit muncul di screen peranti-i anda.


8. Tekan Cydia dan pilih USER. Cydia akan memuat turun pakej-pakej tertentu. Pastikan peranti-i anda mempunyai sambungan internet. Tahniah! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i anda.

9. Sila tambah source-source yang penting seperti di dalam arahan ENTRI INI.


Tips: Ulangi kaedah 6-7 sekiranya peranti-i anda perlu reboot selepas install aplikasi Cydia tertentu.

P/S: Ya, Redsnow terbaru ini tidak memerlukan fail firmware.ipsw seperti sebelum-sebelum ini. Satu pembaruan yang baik bagi Dev-Team. Terima kasih dan syabas kepada mereka.

Update: Dev team telah mengeluarkan RedSnow 0.9.10 beta 5 yang boleh digunakan untuk melakukan jailbreak untethered iOS 5.0.1 untuk semua peranti-i A4.

Redsnow 0.9.10 beta 5 (Mac, Windows)

Lakukan kaedah seperti 1 sehingga 5 dan 8 sehingga 9 dengan menggunakan fail Redsnow 0.9.10 beta 5 seperti link di atas.

Bagi jailbreak untethered untuk iOS 5.0.1 bagi peranti-i A5 (iPhone 4S dan iPad 2), rujuk TUTORIAL INI.

[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 4.3.3 dengan SnowBreeze v2.7.3 for Windows


iOS 4.3.3 yang telah dikeluarkan oleh Apple Jumaat lalu kini sudah boleh di jailbreak untethered dengan menggunakan Snowbreeze 2.7.3. Disebabkan cara untuk melakukan jailbreak ini serupa dengan jailbreak yang lalu, saya akan copy paste step serta gambar dan edit beberapa perkara sahaja. 


Keperluan untuk jailbreak adalah seperti berikut:
1. iDevice (iPhone 4/iPhone 3gs/iPad/etc).
2. iTunes 10.2.2.
4. File iOS 4.3.3 IPSW iDevice anda (iPhone 4iPhone 3gsiPadiPod Touch 4th) - credit to iphonedownloadblog.

Berikut adalah kaedah jailbreak (menggunakan iphone 4 sebagai contoh dan klik gambar untuk pembesaran):

1. Authorize iTunes, transfer purchases dan backup iPhone 4 anda. Tutup iTunes setelah selesai backup.

2. Letakkan file-file keperluan jailbreak di desktop PC anda bagi memudahkan proses jailbreak. Buka file snowbreeze 2.7.3 dan klik arrow next.

 

3. Drag atau browse file IPSW iOS4.3.3 iPhone 4. Snowbreeze akan memberi paparan verifikasi IPSW iOS4.3.3 iPhone.

  

4. Pilih Expert Mode dan seterusnya Build IPSW.

 

5. Snowbreeze seterusnya akan memaparkan penghasilan file IPSW baru di screen. Biarkan sehingga selesai. File IPSW baru anda akan siap dan terletak pada desktop PC anda.

 

6. Snowbreeze memberi arahan supaya mematikan iPhone 4 anda dan menyambungkan kabel USB. Seterusnya ikut arahan untuk menjadikan iPhone anda kepada mode DFU.

 

7. Apabila iPhone anda berada dalam mode recovery, buka semula iTunes. iTunes akan meminta anda untuk restore semula iPhone anda. Tekan SHIFT dan tanpa melepaskannya, klik Restore. Pilih file IPSW baru yang terhasil pada step 5. iTunes akan restore iPhone bersama dengan Cydia dan akan restart iPhone anda bersama Cydia. 

 


 

8. Restore user id iPhone anda yang telah anda backup pada step 1 dan TAHNIAH, anda telah jailbreak iOS4.3.3 untethered iPhone 4 anda.


Sudahkah anda Jailbreak iOS 4.3.3 dengan menggunakan Snowbreeze 2.7.3 ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 4.3.3 dengan RedSnow 0.9.6rc16 for Mac/Windows

7:50 AM by Unknown 13 comments
iOS 4.3.3 yang telah dikeluarkan oleh Apple Jumaat lalu kini sudah boleh di jailbreak untethered dengan menggunakan RedSnow 0.9.6rc16. Disebabkan cara untuk melakukan jailbreak ini serupa dengan jailbreak yang lalu, saya akan copy paste step serta gambar dan edit beberapa perkara sahaja. 

Keperluan:
1. iDevice yang menggunakan iOS 4.3.3 (tutorial menggunakan iPhone 4)
2. Redsnow 0.9.6rc16 (MacWindows)
3. File .IPSW iOS 4.3.3 (iPhone 4iPhone 3gsiPadiPod Touch 4)

Kaedah Jailbreak:
1. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau.

2. Download file redsnow dan IPSW dan letakkan di dalam satu folder di desktop bagi memudahkan pencarian. Pengguna mac download redsnow for mac dan pengguna windows download redsnow for windows. Download file IPSW iOS4.3.3 mengikut model iDevice anda.


3. Buka file redsnow dan browse file IPSW iOS 4.3.3.



4. Redsnow akan proses file IPSW dan apabila selesai, klik button Next.

 


5. Pastikan kotak Install Cydia ditandakan dan klik button Next. Redsnow akan memberi arahan untuk mematikan iDevice anda dan plug in kabel USB iDevice tersebut kepada PC anda.

 

6. Ikut arahan di screen redsnow untuk memastikan iDevice anda memasuki mode DFU. Tekan button Power selama 3 saat. Seterusnya tanpa melepaskan button power, tekan pula button home selama 10 saat. Kemudian, tanpa melepaskan button home, lepaskan button power dan biarkan tekanan pada button home tadi selama 15saat. Redsnow kemudian akan mengekploitasi iDevice anda dan biarkan sahaja iDevice anda sehingga selesai. Anda akan nampak pelbagai tulisan dan code pada screen idevice anda dan akan ada gambar nanas sedang berlari. Tunggu sehingga idevice anda restart.

 

 
 

7. Sesudah iDevice anda restarticon Cydia akan muncul pada page kedua anda (sekiranya page ke2 tidak penuh.) Klik Cydia dan pilih USER. Cydia akan download pakej-pakej tertentu dan sekali lagi akan membuatkan idevice anda restart.

 

8. Apabila idevice anda selesai restart, TAHNIAH, anda sudah jailbreak idevice anda.

Sudahkah anda jailbreak untethered iOS 4.3.3 dengan Redsnow 0.9.6rc16? Kongsikan pengalaman anda di bawah.