[Review] Nike+ GPS


Semasa aku seorang runner sekitar tahun 2005 dahulu, aku sering bertanya tanya kepada diri sendiri ada tak alat yang boleh untuk ketahui jarak larian aku, peta larian dan kalori yang dibakar semasa membuat aktiviti larian? Kini setelah 6 tahun berlalu aku mendapat jawapan yang dicari-cari selama ini dengan penggunaan application Nike+ GPS pada iPhone.

Nike+ GPS adalah sebuah applikasi yang menggunakan GPS bagi mencatatkan jumlah jarak larian pelari berserta dengan catatan kelajuan, masa, kalori yang dibakar dan peta larian di samping berintegerasi dengan ipod pada iphone bagi membolehkan pelari mendengar music semasa berlari. Sebagai permulaan, pelari perlu mendapatkan application ini di AppStore dengan harga USD1.99 dan kemudian mendaftar akaun di Nike+ samada menerusi iphone ataupon di web Nike+. Hanya di web Nike+, pelari boleh link  akaun Facebook dan Twitter mereka dengan Nike+ GPS.

Bagi memulakan larian,, pelari akan menekan button Start a new run di tab home dan pilih samada untuk membuat larian basic, larian mengikut masa yang ditetapkan atau larian mengikut jarak yang ditetapkan. Entry ini akan memberi review berkenaan dengan Basic Run. Di Run Setup, pelari boleh memilih list lagu mereka di iPod atau memilih pilihan Shuffle yang akan memaikan lagu secara rawak. Pelari perlu memilih lokasi larian samada di atas treadmill atau pon aktiviti larian luar. Get Cheers Facebook akan memberi bunyi sorakan orang ramai apabila post larian akan di like atau dikomen oleh rakan-rakan di Facebook. Pelari seteruskan akan tekan button continue dan start untuk memulakan larian.

 

Semasa larian, Nike+ GPS akan memaparkan scrin jarak, kelajuan larian dan masa serta memainkan lagu yang telah dipilih tadi. Powersong boleh ditekan oleh pelari untuk memberi boost kepada pelari memecutkan larian dengan lagu-lagu terpilih yang telah disetkan sebagai powersong di tab settings. Setiap 1 kilometer larian, Nike+ GPS akan memberitahu pelari berserta dengan kelajuan larian semasa di earphone. Dengan ini pelari dapat mengetahui jarak yang telah dilalui beserta kelajuan semasa tanpa perlu melihat scrin iPhone.

 

Setelah puas berlari, pelari akan menghentikan Nike+ dengan menekan button pause dan End Workout. Nike+ akan membuat syncing dengan nikeplus.com dan membolehkan pelari mengkaji larian mereka nanti. 

 

Sekiranya pelari ada membuat setting autopost di Facebook, paparan posting akan keluar sebaik sahaja larian di tamatkan dan pelari boleh menambah mesej pada post tersebut. Post tersebut akan terus dipaparkan di Facebook untuk dikongsi bersama rakan-rakan Facebook.

  

Pelari juga boleh tweet larian mereka dan Nike+ akan membuat posting di twitter pada feed line pelari dan di #nikeplus

 

Pelari boleh untuk tag larian mereka denga icon seperti gambar di bawah. Setelah synchronize, Nike+ akan memaparkan jumlah kesemua larian yang pernah pelari lakukan sebelum ini. Sekiranya pelari ingin melihat larian mereka yang terlalu, mereka boleh lihat di tab history. Di tab settings pula, pelari boleh set samada menginginkan larian mereka mengikut unit lain seperti unit batu dan juga mengubah profail mereka.

 



Anda pernah menggunakan application ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

[Review] Auditorium MARDI

1:54 PM by Bro Bac 0 comments

Kali ni nak promo sket pasal fasiliti yang terdapat di MARDI. Auditorium MARDI yang terletak di tengah tengah kawasan utama pentadbiran MARDI adalah tempat di mana pegawai dan staff PT menerima amanat dan mendengar syarahan perdana serta ceramah-ceramah berkaitan dengan teknologi mahupun kerohanian. 

Walaupun dari luar ia kelihatan berdesign lama tetapi bahagian dalamnya adalah cantik dan lengkap dengan fasiliti moden. Terdapat 3 screen utama untuk dipancarkan video dan slaid presentation serta memiliki sound system yang lengkap. Kerusi yang disediakan juga selesa dan mempunyai panel di bahagian tepi yang boleh bertindak sebagai meja apabila diperlukan.


Anda boleh ke Foursquare Auditorium MARDI untuk check in sekiranya anda berada di sini. Auditorium MARDI ini juga dikenali sebagai Cold Room MARDI, jadi pastikan anda membawa baju eskimo anda.

Anda pernah datang ke sini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

[Review] Segmen Azli On Air: ICT dan Anda

8:21 AM by Bro Bac 0 comments

Segmen Azli On Air: ICT dan Anda ini adalah segmen di Bernama Radio24 (FM 93.9) yang tidak pernah aku lepas setiap hari bekerja. Dalam segmen ini, ia membincangkan perihal ICT yang menyentuh tentang komputer, telefon bimbit, radio dan semua topik yang berkaitan ICT bersama pakar ICT Malaysia En Azli Paat. Untuk pengetahuan semua, En Azli Paat adalah orang yang telah mengasaskan sistem DAPAT di Malaysia.

Kita boleh dengar radio ini pada stesen FM 93.9, mendengar secara audio streaming di web atau mendengar secara mobile streaming di www.radio24.ada.fm. Jadual segmen Azli On Air: ICT dan Anda adalah seperti berikut:
  • Isnin: 7.30am-8.00am (ulangan 7.30pm-8.00pm)
  • Selasa: 7.45am-8.00am (ulangan 7.45pm-8.00pm)
  • Rabu: 7.30am-8.00am (ulangan 7.30pm-8.00pm)
  • Khamis: 7.45am-8.00am (ulangan 7.45pm-8.00pm)
  • Jumaat: 7.30am-8.00am - En Azli di Studio (ulangan 7.30pm-8.00pm)
 

     

Selain mendengar tips daripada En Azli, kita juga boleh bertanyakan soalan yang berkaitan dengan ICT kepada beliau. Soalan boleh ditanya melalui talian telefon pada 03 2692 7939, melalui SMS type [R24][Jarak/Space][Soalan] dan hantar kepada no 32728, melalui facebook Bernama Radio24 atau melalui twitter pada #azlionair atau #spkl. 

Adakah anda pendengar segmen ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

[Review] Blogging melalui BlogPress for iPhone

Ok. Kali ni aku cuba blogging dengan menggunakan BlogPress for iPhone. Dari komen-komen pengguna lain, ianya sangat mudah untuk blogger membuat entry dengan menggunakan iPhone.

So aku akan cuba untuk letak beberapa keping gambar sebagai percubaan. Sekali lagi diberitahu, entry ini adalah 100% menggunakan iPhone. BlogPress ini berharga USD2.99








Adakah anda telah menggunakan application ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah

[Review] Soundhound

3:05 PM by Bro Bac 1 comments

Pernahkah anda mendengar lagu di radio dan begitu berminat untuk mengetahui apekah tajuk lagu dan penyanyinya? Adakalanya DJ radio tidak memberitahu bukan maklumat-maklumat tersebut? Pernahkah anda berjalan-jalan di gedung membeli belah dan lagu latar yang dipasang di gedung tersebut sangat best dan membuat anda berazam ingin mendownloadnya? Kini masalah anda dapat diselesaikan dengan penggunaan application Soundhound bagi pengguna iPhone.

Application ini akan dapat memberitahu anda siapakah penyanyi, nama lagu, lyric dan link youtube. Caranya adalah dengan hanya dengan single tab serta membiarkan application itu mendengar lagu dari corong radio dan  ia akan recognize lagu tersebut dengan membuat sambungan ke internet dan seterusnya memaparkan di iPhone anda. Pastikan application itu dapat mendengar lagu dengan jelas tanpa ada gangguan bunyi lain di sekeliling. Biasanya aku akan menguatkan volume radio dan berhenti daripada bercakap.






Anda pernah menggunakan application ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

[Tutorial] Penjimatan bateri idevice pengguna iOS4.3

2:44 PM by Bro Bac 1 comments
Untuk nak jimat bateri kepada pengguna ios 4.3 ke atas, off kan ping pada restriction.. Caranya:

1. Gi setting/general/restriction


2. Masukkan password yg korang mudah ingat ie 1234 (kepada yg belum pernah set)



3. Enablekan restriction
    


4. Off kan Ping


Credit to SmokinAces

Link berikut untuk keterangan lanjut:
http://www.iphonefaq.org/archives/971309

Anda dapat jimat bateri dengan kaedah ini? Sila beri pendapat anda di bawah

[Review] Whatsapp Messenger

9:52 AM by Bro Bac 1 comments

Whatsapp merupakan application yang pada aku wajib dimiliki oleh semua pengguna smartphone. Ini kerana ia adalah application yang paling berbaloi dan menjimatkan untuk berhubung dengan rakan-rakan kita. Ia memboleh kita untuk menghantar sms, mms, berkongsi lokasi, gambar bersama-sama rakan kita tanpa menggunakan kredit kita.


Apa yang Whatsapp perlukan hanya internet connection samada melalui sambungan 3G  ataupon wifi. Whatsapp menyokong hampir kesemua smartphone di pasaran seperti iPhone, android phone, Blackberry, Nokia dan lain-lain. Tidak seperti BBM pada Blackberry yang hanya menyokong sesama sendiri, Whatsapp membolehkan kesemua smartphone berintegarasi antara satu sama lain.

Bagi pengguna iPhone, whatsapp boleh di'download' di AppStore dengan harga USD0.99 sahaja. Sudah pasti, para jailbreaker boleh mendapatkan secara percuma di installous. Whatsapp secara automatik akan 'add' rakan-rakan di dalam 'contact number' phone kita yang menggunakan Whatsapp di tab Favorites. Kita juga boleh mengiklan atau meminta rakan-rakan yang lain yang tidak lagi menggunakan Whatsapp untuk mendapatkannya.

 

Di tab Status, kita boleh memberitahu rakan-rakan kita keadaan diri kita ketika itu samada sedang memandu, di dalam meeting atau apa-apa status yang kita kehendaki. Dengan ini, rakan-rakan yang ingin menghantar msg kepada kita sedikit sebanyak boleh mengetahui keadaan kita pada ketika itu jika kita tidak membalas msg mereka.


Di iPhone, interface chat adalah sebijik seperti di interface SMS. Kita boleh chat secara peribadi bersama rakan mahupun chat secara berkumpulan. Maximum bagi chat berkumpulan adalah seramai 5 orang. Secara keseluruhan, application Whatsapp ini adalah application yang paling berbaloi untuk dimiliki.

  

Update terbaru DI SINI

Adakah anda pengguna Whatsapp? kongsi pengalaman anda di bawah.

[Tutorial] Facebook: Next line pada status dan tag nama member pada komen status/gambar

Ok.. Kali ni just nak citer pasal Facebook.. Semua perasankan, kalau kita nak komen gambar rakan-rakan or status mereka, tak perlu macam dulu lagi iaitu menekan button post.. Hanya perlu menekan enter dan terus sahaja komen kita dipostkan.

Jadi, bagaimana kita nak komen line by line macam dulu (nak next line)? Caranya mudah sahaja iaitu kita hanya perlu menekan button shift dan enter serentak (shift+enter).. Mudah bukan?


Lagi satu, sebelum ini semua sudah maklum, kita boleh tag member kita pada status dan gambar2 kita bukan? Dan jumlah tag maksimum pada status adalah 6 bukan? Kini kita boleh tag kawan2 kita pada komen status atau komen pada gambar. Caranya sama seperti tag member pada status iaitu dengan menambah @ dan pilih rakan yang ingin ditag dalam komen tersebut. So kalau kita nak tag kawan2 lebih pada 6 org pada status kita, kita boleh menambah 6 lagi member pada komen di status tersebut.


Anda sudah mencuba? Sila kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] iOS 4.3

10:47 PM by Bro Bac 0 comments
Actually ini adalah review daripada member aku SmokinAces di forum CARI yang inginkan review tersebut disharekan di sini untuk kebaikan kita bersama. Berikut aku pastekan review tersebut.. Thanks man \(^_^)/

Device: iPhone 4
IOS: 4.3
Jailbreak method: Snowbreeze 2.3(b4) tethered

Salam semua. Nk share skit info. Smlm bru lepas update n jailbreak ios4.3. Step utk JB:

1. Download: snowbreeze 2.3(b4), tinyumbrella, ibooty & ipsw 4.3 (pastikn download btol2 sbb aku 3 kali buang masa nk donlot 600+mb sbb file corrupted.
2. Backup SHSH guna tinyumbrella
3. Cook ipsw guna snowbreeze
4. Enter DFU mode tru snowbreeze sbb required pwned DFU
5. Shift+restore ipsw yg dh cook td
6. Bile restore dh complete, boot phone pakai iBooty td
7. Jailbreak successful.

Ikut ape yg aku godek2, ade beberapa benda baru/improvement yg menarik. Antara yg dh explore:
1. Multigesture: skrg x perlu tekan home button utk show multitasking bar, return to home screen n switch between multitasking apps. Just swipe pakai 4/5 jari.
2. Personal hotspot: iphone jadi wifi router. Blom test lg max brapa byk device yg bleh cnnct tp kalo ikut dlm 3 je.
3. Safari: aku test agak laju jugak la dia nyer speed compared ngan yg previous. Tp better korang yg explore sendiri.

Lain2 yg best blom abis explore lg. Pastu antara yg x best (maybe sbb jailbreak or else):
1. Signal bar: stuck kt satu bar je. Buat mcmane even dok sblah menara pemancar pn mmg satu bar je. Ikut pmbacaan mmg ramai yg alami cmni.
2. Swipe/slide: tgh2 aku review website suddenly aku x leh swipe trun atau naik. Tp nie x tau samada one time prob atau akan jd lg.
3. Cydia repo: ade repo yg mmpunyai masalah "Hash Sum Mismatch". X bleh nk install cydia apps bila error cmbi. Kalo ikut nie masalah provider so just kena tggu je la fix.
4. Apps screen: ade few apps yg aku bukak ade masalah macam x bleh viee dgn btol. Ade yg terlebih sceen, dialog box x nmpak n etc. Nie maybe compatibility utk ios4.3. Hopefully dev dpt fix asap.

Lain2 aku blom abis review lg.. Kalo ade update aku roger..

Selamat beramal.. Lol

Anda ada pengalaman bersama iOS 4.3? Kongsikan di bawah

[Politik] Personal Attack?

10:12 PM by Bro Bac 2 comments
Petang tadi sebelum balik kerja, seorang rakan office memanggil aku ke biliknya. Dia mengatakan telah menerima sepucuk surat bersetem RM0.80 yang tebal dan meminta aku melihat isi dalam surat tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat isi surat itu. Terdapat sebuah buku kecik berwarna yang membuat personal attack terhadap pemimpin pembangkang. Persoalannya di sini

1. Siapakah yang menghantar surat tersebut?
2. Dari manakah mereka mendapat bajet untuk menghasilkan buku yang berwarna itu?
3. Dari manakah mereka mendapat nama dan alamat office rakan sekerjaku itu?
4. Apakah motif mereka?

Berikut diletakkan beberapa keping gambar surat tersebut yang sempat aku snap tadi




Hm.. Aku tak tau nak cakap apa. Dengarkanlah lagu berikut..


I don't believe in the politics of chosen fools and hypocrites,
Who walk a line that's tread so fine.
Is it death or glory you have in mind ?
And here we go again it's mass delusion
And no one knows who leads the revolution now.
As tension grows the way to a conclusion.
It's too late there's no time.
All for none, none for one, two, three, four !
March of the dogs to beat of disillusion
Sworn under god, breeding panic and confusion.
The white flag is down, send in the clowns
The carnival of sins is now about to begin.
It may be I'm a pessimist
But I'd say we need an exorcist
The root of all evil standing tall
Under God and above us all.
And here we go again in desperation
And all we know is confusion and frustration now
As tension grows no vision of salvation
It's too late, there's no time.
And now the president's dead
Because they blew off his head
No more neck to be red
Guess to heaven he fled
Was it something he said
Or because of who's in his bed
By whom will we be led
From whose hand will we be fed.
All the lies by the lying liars who said
We'll be fine
It's OK
Hey look mom no head!

Jadi apa pendapat anda tentang perkara ini? Kongsikan di bawah

[Tutorial] Install Email MARDI pada iPhone

10:02 PM by Bro Bac 0 comments
1.Masuk browser safari dan isikan address 202.190.32.58
2. Masukan id email & password untuk pengesahan
3. Sentuh perkataan configuration your Apple iPhone/ipod bagi meneruskan installation
4.Masukkan logon name dan email address MARDI di tempat yang diperlukan & sentuh generate
5. Sentuh perkataan install pada paparan yang keluar seperti di atas
6. Sekali lagi sentuh install pada paparan yang dipopup
7. Masukkan semula password email anda
8. Tunggu installation selesai dan touch button done
9. Kini emel mardi sudah siap diinstall pada iphone anda
10. Bagi menukar nama emel, pergi ke setting iphone anda, scroll ke bawah dan sentuh mails, contacts, calender dan pilih email mardi.
11. Sentuh accounts
12. Scroll ke bawah dah sentuh description.. Typekan nama emel yang dikehendaki. Sebagai contoh, taip Email MARDI
13. Selesai & selamat mencuba