[Review] Himpunan Tweak iOS 5

Entri ini memberi review ringkas berkaitan tweak-tweak yang boleh digunakan untuk iPhone yang telah jailbreak yang menggunakan iOS 5.


SIRI Tonggles
Tweak yang membolehkan anda membuka aplikasi yang dikehendaki dengan menggunakan SIRI






Hands-Free Control
Tweak ini berfungsi untuk mengaktifkan SIRI tanpa perlu pengguna menekan homebutton






Custom Siri Background
Tweak yang membolehkan pengguna menukar background kepada Siri dengan photo yang dikehendaki.





AnyVoice
Tweak yang memberi Siri 40 slanga / accent untuk bercakap dengan pengguna






IconBounce
Tweak ini memmberi animasi kepada icon di dock iPhone pengguna.







Zephyr
Tweak yang membolehkan pengguna menukar dan menutup aplikasi di iPhone tanpa perlu menekan homescreen button.






IntelliScreenX
Tweak ini memberi penambahbaikan kepada Notification Center pengguna di mana pengguna boleh menambah fungsi-fungsi lain seperti twitter, facebook, email dan RSS feed. Ia boleh dimuat turun secara berbayar dengan harga USD9.99 dan pengguna boleh mencuba trial selama 3 hari sebelum membelinya.






ColoredKnob
Tweak ini memberi pengguna 3 pilihan warna bagi mengubah warna bar pada lockscreen "Slide to Unlock" pengguna iaitu warna merah, hijau dan warna asal kelabu.






WeeRoll
Tweak yang memberi animasi kepada Notification Center pengguna. Versi lite memberi 4 animasi secara percuma dan versi penuh memberi 12 animasi dengan harga USD0.99






Screen Swipe Sounds
Tweak yang memberi bunyi setiap kali penukaran screen di HomeScreen pengguna. Terdapat 18 jenis bunyi yang boleh dipilih oleh pengguna.






PushTone
Tweak yang membolehkan pengguna menukar bunyi notifikasi bagi sesebuah app dengan bunyi yang dikehendaki.






iUnlock
Tweak yang membolehkan pengguna memberi animasi dan bunyi semasa unlock iPhone.






AppStorelous2
Tweak yang memberi button atau link tambahan di App Store untuk memudahkan proses muat turun di Installous.






AppSlider
Tweak yang memberi shortcut untuk memasuki 2 aplikasi pilihan di LockScreen iPhone pengguna.






BadgeRemover
Tweak yang menghilangkan badge yang terdapat pada icon iPhone pengguna.






Notificator
Tweak yang memberi banner notifikasi dan bunyi untuk aplikasi pilihan di iPhone pengguna.






WeeCloseApps
Tweak yang memberi slider di NotificationCenter pengguna untuk menutup aplikasi dan mematikan aplikasi background iPhone.






DockHide
Tweak yang berfungsi untuk menyembunyikan icon yang berada di dock iPhone dan iPad pengguna.






Aero
Tweak yang memberi animasi untuk app switcher iPhone pengguna.




Stride
Tweak yang menambah sekuriti kepada iPhone pengguna dengan cara yang menarik iaitu dengan melukis simbol yang dikehendaki.






Fusion
Tweak yang membolehkan pengguna mengemaskini status di 4 akaun secara serentak.






VolumeColor
Tweak yang membolehkan pengguna menukar warna pada toggle volume iPhone.






SpotDict
Tweak yang menambah fungsi kamus pada SpotLight iPhone pengguna.






AlwaysArrange
Tweak yang membolehkan pengguna mengalihkan icon aplikasi di iPhone tanpa memasuki mode gigil.




Bonus 1:
DreamBox Live
Aplikasi di App Store yang membolehkan pengguna memainkan channel-channel DreamBox di iPad dan iPhone. Boleh dimuat turun dengan harga USD 7.99.




Bonus 2:
Kegunaan iCloud 

[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 5.1.1 dengan Absinthe 2.0.4 (update)


Jailbreak untethered untuk iOS 5.1.1 telah dilancarkan secara langsung pada penutup Hack In The Box Security Conference 2012 yang sedang berlangsung di Amsterdam pada 21-25 Mei 2012. Terima kasih diucapkan kepada gabungan hackerz iaitu @pod2g, @MuscleNerd, @planetbeing, @p0sixninja, @saurik dan rakan-rakan yang telah berjaya menghasilkan kesinambungan exploit 5.0.1 yang lepas yang kini diberi nama Absinthe 2.0.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan jailbreak tersebut.

Keperluan:
1. Semua Peranti-i Apple yang boleh menggunakan iOS 5.1.1
2. Fail Absinthe v2.0.4 ( Mac , Windows , Linux) - Updated
3. TinyUmbrella ( Mac , Windows )

Persediaan awal:
1. Menyimpan SHSH blob adalah penting kerana ia membolehkan anda untuk kembali kepada firmware yang sedang anda pakai apabila Apple tidak lagi membenarkan firmware itu digunakan. Ia juga berguna untuk anda restore semula ke firmware tersebut sekiranya proses jailbreak gagal.

2. Muat turun fail TinyUmbrella. Setelah instalasi, buka aplikasi itu.

3. Sambungkan peranti-i anda ke komputer.

4. Klik nama peranti-i A5 anda di ruang "CONNECTED DEVICES" dan klik "save SHSH". Tahniah, anda telah menyimpan SHSH blob anda. Tutup aplikasi TinyUmbrella.


5. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Anda juga dinasihatkan untuk melakukan backup dengan iCloud. Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau. Tutup semula iTunes setelah selesai.

Kaedah jailbreak:

1. Muat turun file Absinthe dan letakkan di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Absinthe disediakan di link di atas.



2. Buka fail Absinthe. Sambungkan peranti-i anda dengan kabel USB dan pilih jailbreak.

3. Biarkan Absinthe melakukan kerja-kerja jailbreak. Peranti-i anda akan kelihatan seperti sedang melakukan proses restore.






4. Setelah peranti-i  anda on semula, anda akan dapat melihat icon Cydia. Tahniah!!! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i anda. 


5. Masuk ke Cydia dan pilih user. Biarkan Cydia memuat turun segala fail dan akan sekali lagi menyebabkan peranti-i anda restart.


6. Masukkan source yang anda kehendaki. Perkara ini telah dibincangkan dalam Tutorial Ini.

P/S: Seelok-eloknya lakukan jailbreak setelah clean restore firmware peranti-i anda. Bagi menghargai hasil usaha kumpulan jailbreak iOS 5.1.1, anda digalakkan untuk memberi derma mengikut kemampuan anda di LINK INI.

Selamat mencuba dan menderma.

[Review] Garmin SG/MY untuk iPhone

3:34 PM by Bro Bac 57 comments
 

Jikalau dahulu apabila kita hendak pergi ke sesuatu tempat yang tidak pernah ditujui sebelum ini, kita memerlukan seorang penunjuk jalan atau seseorang yang boleh mengajar kita cara bagaimana untuk ke lokasi tersebut. Kepandaian membaca peta juga penting sekiranya tiada orang yang boleh mengajar kita.

Kini di zaman yang serba moden ini, kita hanya memerlu peranti GPS yang boleh membawa kita terus ke lokasi yang dikehendaki. Bagi pengguna peranti-i terutamanya iPhone, syarikat Garmin Corporation akhirnya telah mengeluarkan aplikasi GPS versi mudah alihnya untuk peta Singapura dan Malaysia baru-baru ini. Sebelum ini pengguna iOS Malaysia hanya mempunyai pilihan untuk mengguna GPS oleh syarikat PAPAGO!, Sygic dan Waze.

Bagi mereka yang pernah menggunakan peranti GPS daripada Garmin sudah pasti tidak mempunyai masalah untuk menggunakan aplikasi Garmin ini memandangkan paparan pengguna yang diberikan oleh aplikasi ini adalah sama 100% seperti pada perantinya. Garmin memberi paparan yang mudah untuk digunakan oleh pengguna baru. Pengguna hanya perlu menekan perkataan "Where To?" dan seterusnya boleh memilih untuk menaip alamat, pergi ke tempat yang telah di simpan sebelum ini, menaip nama tempat (point of interest) atau memasukan koordinat tempat yang ingin ditujui.

 


Di pilihan menaip nama tempat (point of interest), aplikasi ini menawarkan pelbagai tempat yang mempunyai nama yang telah ditaip dan pengguna hanya perlu memilih tempat yang dikehendaki. Sekiranya pengguna menekan simbol i (information), pengguna boleh memilih pilihan untuk kongsi lokasi tersebut ke Facebook atau SMS kepada rakan. Keadaan cuaca di tempat lokasi tersebut juga diberitahu oleh aplikasi ini.

 

 


 

Arahan pada peta dan suara yang jelas sememangnya membantu pengguna untuk memandu ke lokasi yang ingin ditujui. Sementelah lagi kecantikan Retina Display bagi pengguna iPhone 4/4S meningkat lagi keseronokan menggunakan aplikasi ini tanpa perlu membeli peranti GPS Garmin versi  skrin HD yang mencecah hampir RM1000. 

 

 

Aplikasi Garmin ini menyediakan 4 paparan bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. Bagi arahan suara, aplikasi ini memberi pilihan Bahasa Inggeris slang American, British dan Mandarin. Diharapkan pada kemaskini akan datang, arahan Bahasa Melayu akan disediakan juga. Pembekal aplikasi ini menjanjikan kemaskini peta sepanjang hidup dengan kekerapan kemaskini 4 kali setahun.

 

Bagi pengguna yang berminat untuk membeli aplikasi ini, mereka boleh memuat turun di App Store Malaysia dengan harga USD19.99 iaitu harga promosi pelancaran sehingga 10 Jun 2012. KLIK SINI untuk terus memuat turun. 

Selamat mencuba.



P/S: Review aplikasi PAPAGO! boleh dibaca DI SINI.

Yang lanun, KLIK SINI, Versi torrent (crack): Klik SINI