[Review] Sbsettings (Cydia App)


Sbsettings merupakan salah satu aplikasi Cydia yang ditawarkan secara percuma oleh BigBoss. Oleh itu, sudah pasti dan pasti ia menjadi satu aplikasi yang wajib bagi para jailbreaker. Ia berfungsi untuk memberi popup shortcut untuk pelbagai fungsi penting seperti untuk on/off WiFi, 3G, Data, Airplane mode, Brightness dan sebagainya. Oleh itu, anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke Setting iPhone bagi on/off perkara yang dibincangkan di atas. Cara untuk mengaktifkan aplikasi ini selepas installation adalah dengan swipe bahagian atas screen iPhone anda. Penambahan fungsi shortcut yang lain boleh didapati Settings Toggle di button More. Anda juga boleh memakai theme untuk Sbsettings supaya memberikan icon dan image yang lebih menarik. Selamat mencuba.

 


Sudahkah anda menggunakan aplikasi Sbsettings ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] Sbsettings (Cydia App)"