Kalau dilihat pada nama applikasi ini sudah pasti kita tidak dapat menggambarkan apakah fungsi aplikasi ini? Mungkin perkataan yang dapat kita tangkap hanyalah perkataan switch yang membawa maksud penukaran. Aplikasi Physwitch ini sebenarnya membolehkan pengguna iPhone untuk menukar aplikasi secara terus dan mudah dengan menggunakan button volume.
Bagi mereka yang suka multitasking semasa menggunakan iPhone, sudah pasti aplikasi ini memberi banyak manfaat. Pengguna hanya perlu mengaktifkan fungsi dengan menekan kedua-dua button volume (up dan down) serentak dan aplikasi ini akan memaparkan segala aplikasi lain yang sedang dibuka oleh pengguna. Pengguna kemudian perlu menekan button volume ke bawah dan ke atas untuk menukar aplikasi yang dikehendaki (boleh juga menggunakan sentuhan ke atas dan bawah untuk penukaran). Titik di bahagian kiri menunjukkan bilangan aplikasi yang sedang dibuka.
Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu mempunyai source yang tertentu di Cydia. Sebagai contoh, source: http://repo.insanelyi.com/. Setelah installation, Physwitch ini boleh didapati di Settings/Activator/Anywhere/Volume Buttons Both Press. Pengguna boleh menukar pengaktifan yang lain sekiranya mahu tetapi dinasihatkan untuk membiarkan ia dalam keadaan default bagi memudahkan penggunaan.
Sudahkah anda menggunakan applikasi Physwitch ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.