[Review] NowPlaying for Facebook (Cydia App)


NowPlaying for Facebook adalah tweak Cydia yang memberi peluang kepada pengguna Facebook untuk berkongsi lagu yang sedang didengarinya di iPod iDevice mereka. Ia boleh dimuat turun secara percuma di Cydia di bawah pengaruh dadah source BigBoss dan hanya bersaiz kecil. Aplikasi ini akan menambah sebuah icon kecil berbentuk headphone di Status Update Facebook pengguna. Sekiranya icon itu disentuh, ia akan memaparkan lagu yang sedang didengari oleh pengguna di iPod iDevice mereka. Sebagai makluman, tweak NowPlaying ini juga wujud untuk aplikasi Tweetbot.  Berikut adalah screenshot tweak tersebut di Facebook for iPhone.

 

 

Sudahkah anda menggunakan tweak NowPlaying for Facebook ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] NowPlaying for Facebook (Cydia App)"