[Review] BoxyTunes


BoxyTunes adalah salah satu aplikasi yang boleh disatukan dengan penggunaan akaun DropBox. Ia berfungsi untuk memainkan file music yang diletakkan di akaun DropBox anda. Dengan kata lain, sekiranya anda ingin mendengar lagu pilihan anda tanpa perlu meletakkan file music tersebut di iPhone anda, BoxyTunes adalah pilihan yang tepat. 

BoxyTunes boleh di download di App Store dengan harga USD0.99 atau secara percuma di Installous (jailbreaker). Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah meletakkan file music di akaun Dropbox melalui Macbook / laptop / PC anda. File yang disokong oleh BoxyTunes adalah format mp3, m4a, wav, aiff, mp4, caf, dan aac. Anda perlu menunggu hingga selesai file di sync dan upload ke DropBox.


Setelah selesai upload, kini file2 tersebut sudah boleh diaccess oleh iPhone anda di mana sahaja anda berada dengan sambungan internet.  Apabila BoxyTunes dibuka, ia akan meminta anda untuk linkkan dengan akaun DropBox. Klik simbol + untuk mengaccess akaun DropBox bagi penambahan file music. Cari folder dan file music yang telah anda upload di dalam akaun DropBox.

 

Klik lagu-lagu pilihan anda. Boxyunes akan streaming file-file anda sehingga selesai sebelum memainkan music tersebut. Selamat mencuba.

 



Sudahkah anda menggunakan aplikasi BoxyTunes ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] BoxyTunes"