Apabila kita membaca perkataan ShutDown sudah pasti yang berlegar di fikiran adalah menutup sesebuah komputer. iShutDown adalah sebuah aplikasi dari App Store yang berfungsi untuk menutup komputer anda samada ianya Windows PC mahupun MacBook Pro yang menggunakan OS X dengan iPhone anda. Ia boleh dimuat turun di App Store dengan harga USD0.99 atau percuma di Installous (pilihan anda).
Aplikasi ini akan mengesan sebarang komputer yang berada dalam network yang sama dengan iPhone anda secara automatik dan membolehkan anda shutdown atau restart komputer tersebut. Walau bagaimanapun, hanya komputer yang telah di install server iShutDown sahaja yang boleh ditutup dengan aplikasi ini. Dengan kata lain, komputer terlebih dahulu perlu menginstall aplikasi percuma yang terdapat di lama web berikut:
Berikut adalah beberapa screenshot aplikasi tersebut. Selamat mencuba.
Sudahkah anda menggunakan aplikasi iShutDown ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.