Bagi mereka yang suka fotografi dan edit gambar dengan campuran antara Hitam Putih dan warna, makan ColorSplash (CS) adalah pilihan terbaik dan mesra pengguna (user-friendly). Aplikasi ini membolehkan pengguna memilih bahagian gambar yang ingin diwarnakan dan bahagian yang ingin dikekalkan hitam putih dengan mudah.
Aplikasi bermula dengan pemilihan gambar di dalam folder Photo iPhone. Setelah memilih gambar, CS akan memberikan paparan hitam putih untuk gambar pilihan. Pengguna boleh menggunakan tab Pan & Zoom untuk fokus pada kawasan pilihan.
Red View Mode (icon atas ketiga dari arah kanan) boleh digunakan untuk mengenal pasti kawasan warna dengan lebih jelas terutama sekali pada gambar yang tinggi kecerahan. Warna merah akan terhasil di tempat yang telah pengguna edit untuk pewarnaan. Tab kedua dari arah kanan pula berfungsi untuk memilih jenis berus atau sentuhan samada ingin memilih yang kasar atau yang lembut.
Untuk tutorial yang lebih detail, CS terus menyediakan video tutorial yang boleh dilihat dengan menyentuh tab tanda soal (?). Sesudah selesai edit, pengguna boleh save atau menyimpan session pengeditan gambar atau save sahaja gambar yang telah siap.
Sebagai kesimpulannya, aplikasi CS ini sangat menarik dan mudah digunakan. Pengguna tidak perlu untuk melakukan pengeditan di laptop lagi untuk gambar-gambar yang diambil melalui camera iPhone dengan menggunakan aplikasi ini. Selamat mencuba.
Sudahkah anda menggunakan aplikasi ColorSplash ini? Kongsikan pengalaman dan hasil gambar anda di bawah.
May 20, 2011 at 9:09 PM
Selalu gak edit gambar guna ni
Best & sgt senang nak guna :)
May 20, 2011 at 9:15 PM
Absy ni sape ye?
May 22, 2011 at 7:21 PM
BG (^^)