[Review] DataDeposit (Cydia App)


Bagi mereka yang selalu update dan jailbreak iOS yang baru, sudah pasti mereka akan sayang untuk kehilangan save game mereka apatah lagi kebanyakan game tersebut sudah jauh level yang dikecapi. DataDeposit adalah jalan penyelesaiannya. DataDeposit berfungsi untuk menyimpan segala maklumat save game pengguna dengan cara menyimpannya di akaun Dropbox pengguna dan seterusnya boleh di restore tanpa menjejaskan save game tersebut. 

Pengguna hanya perlu link akaun Dropbox mereka di DataDeposit dan seterusnya memilih game yang dikehendaki untuk disimpan save game tersebut. DataDeposit ini juga boleh digunakan untuk membawa save game tersebut ke iDevice lain seperti iPad dan iPod. Dengan ini pengguna tidak perlu mengulangi semula level atau stage game yang pernah habiskan sebelum ini. Berikut adalah screenshot bagi aplikasi DataDeposit ini.

 

 

Sudahkah anda menggunakan aplikasi DataDeposit ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] DataDeposit (Cydia App)"