[Review] The Heist


The Heist merupakan game di iPhone yang berada dalam kategori puzzle yang mencabar minda pemain-pemainnya. Di permulaan game, pemain akan dihubungi oleh agen Sophia yang akan menerangkan kepada pemain untuk melepasi segala puzzle yang diberikan. Pemain akan dihubungi dari semasa ke semasa mengikut peringkat level yang berjaya dilepasi.

 

 

Pemain diberi 4 pilihan puzzle yang perlu diselesaikan bagi memecahkan sekuriti peti simpanan yang diarahkan. Dalam puzzle kategori pertama, pemain dikehendaki melepasi halangan blok kayu untuk membawa chip di punca kuasanya. Blok menegak hanya boleh digerakkan secara menegak dan blok melintang hanya boleh digerakkan secara melintang. 

 

Puzzle kategori kedua adalah seperti Sudoku tetapi dalam bentuk simbol. Pemain perlu memastikan setiap baris tidak mempunyai simbol yang sama dan simbol perlu mengikut warna dalam kotak yang diberikan. Setiap kali pengguna berjaya ke level seterusnya, simbol-simbol berlainan digunakan.

 

Puzzle untuk kategori ketiga adalah menarik dimana pengguna perlu menggerakkan robot kecil bagi membawa kotak di tempat yang sepatutnya. Sekiranya pemain tersilap langkah, kotak tidak dapat digerakkan dan perlu mengulangi semula dengan menekan button replay dibahagian atas kanan game ini.


Di puzzle yang terakhir, pemain perlu menyusun litar agar ianya bersambung di punca dan penghujungnya. Semakin meningkat level game, semakin banyak wayar yang perlu disambungkan.

 

Secara keseluruhannya, game ini memang menarik dan sangat-sangat menguji IQ pemain dan sesuai dimainkan pada masa lapang. Sudahkah anda bermain game The Heist ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] The Heist"