iOS 4.3.3 yang telah dikeluarkan oleh Apple Jumaat lalu kini sudah boleh di jailbreak untethered dengan menggunakan Snowbreeze 2.7.3. Disebabkan cara untuk melakukan jailbreak ini serupa dengan jailbreak yang lalu, saya akan copy paste step serta gambar dan edit beberapa perkara sahaja.
Keperluan untuk jailbreak adalah seperti berikut:
1. iDevice (iPhone 4/iPhone 3gs/iPad/etc).
2. iTunes 10.2.2.
3. Snowbreeze 2.7.3.
4. File iOS 4.3.3 IPSW iDevice anda (iPhone 4, iPhone 3gs, iPad, iPod Touch 4th) - credit to iphonedownloadblog.
Berikut adalah kaedah jailbreak (menggunakan iphone 4 sebagai contoh dan klik gambar untuk pembesaran):
1. Authorize iTunes, transfer purchases dan backup iPhone 4 anda. Tutup iTunes setelah selesai backup.
2. Letakkan file-file keperluan jailbreak di desktop PC anda bagi memudahkan proses jailbreak. Buka file snowbreeze 2.7.3 dan klik arrow next.
3. Drag atau browse file IPSW iOS4.3.3 iPhone 4. Snowbreeze akan memberi paparan verifikasi IPSW iOS4.3.3 iPhone.
4. Pilih Expert Mode dan seterusnya Build IPSW.
5. Snowbreeze seterusnya akan memaparkan penghasilan file IPSW baru di screen. Biarkan sehingga selesai. File IPSW baru anda akan siap dan terletak pada desktop PC anda.
6. Snowbreeze memberi arahan supaya mematikan iPhone 4 anda dan menyambungkan kabel USB. Seterusnya ikut arahan untuk menjadikan iPhone anda kepada mode DFU.
7. Apabila iPhone anda berada dalam mode recovery, buka semula iTunes. iTunes akan meminta anda untuk restore semula iPhone anda. Tekan SHIFT dan tanpa melepaskannya, klik Restore. Pilih file IPSW baru yang terhasil pada step 5. iTunes akan restore iPhone bersama dengan Cydia dan akan restart iPhone anda bersama Cydia.
8. Restore user id iPhone anda yang telah anda backup pada step 1 dan TAHNIAH, anda telah jailbreak iOS4.3.3 untethered iPhone 4 anda.
Sudahkah anda Jailbreak iOS 4.3.3 dengan menggunakan Snowbreeze 2.7.3 ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.
June 6, 2011 at 5:08 PM
iphone ak version 4.3.1,,,so,kne update ke 4.3.3 dlu ke before jb??
June 6, 2011 at 5:57 PM
@Mohammad Fakhruddin
Nope, kalau snowbreeze tak perlu. Just sediakan semua keperluan seperti tutorial tu. Cuma snowbreeze tu dah ada yg baru, ko pakai yg baru lagi better
http://hotfile.com/dl/117635913/97ab504/sn0wbreeze-v2.7.3.zip.html
June 6, 2011 at 9:27 PM
ok..thanx ya!
August 23, 2011 at 9:31 PM
Jailbreak... huhu, klu beli iphoe 3gs skg ni dah murah sangat2... bleh la nak blasah jailbreak ke pape ke.. hehe sbb murah, xde sayang sangat...
August 31, 2011 at 7:33 AM
assalamualaikum bro :) selamat hari raya.. xde ke post terbaru jailbreak iphone4 v4.3.5.. kalu ade bole tunjukan x? sy ni newbie hehe
September 7, 2011 at 8:47 AM
@Paksu-IT: Jailbreak adalah selamat, tidak perlu risau
@Anonymous: Shibli ke nih? Ekekekeke.. Sorry, untethered JB hanya wujud utk 4.3.3 ke bawah sahaja, 4.3.4 & 4.3.5 hanya boleh tethred JB sahaja