[Review] Muzdalfa Fried Chicken B.B.Bangi (MFC)

 

Salam sejahtera semua. Alhamdulillah, pada 27/5/2011 lebih kurang pukul 6pm, aku dan wife berkesempatan untuk makan di sebuah restoran baru di Seri Bangi, Bandar Baru Bangi yang diberi nama Muzdalfa Fried Chicken (MFC). 

Restoran ini menyediakan menu yang unik di mana terdapat set fastfood seperti KFC iaitu ayam goreng dan burger. Selain itu set makanan Itali seperti Pizza juga disediakan dan makanan dari Arab iaitu Nasi Arab.


Aku dan wife membeli set makanan ayam goreng 2 ketul bersama fries, air Pepsi dan roti. Dari segi rasa, mmg masih jauh untuk menandingi KFC mahupun RFC yang terkenal di Kelantan. Harga menu adalah biasa dan affordable. Service di kaunter agak kurang baik kerana dari pengalaman aku tadi, cashier lambat untuk pulangkan duit baki. (manager pulak sebok duk kira duit syiling kat sebelah cashier)


Dari segi setting dalam restoran, mmg menarik di mana di lampu-lampu serta kerusi agak eklusif. Bahagian atas restoran turut disediakan mini playground untuk kanak-kanak. 



Berikut adalah komen dari Foursquare untuk MFC
AmaliNadia A.
Not bad. Cheaper than McD and KFC.

Hazrin H.
Coleslaw tak berapa sedap. Better ambil ayam sahaja


Aidah T.
Nasi mandi dia sedap!


Aidah T.
The 'zee burger' is almost similar to kfc's zinger burger ;).


Azhim B.
I always thought KFC in bangi have slowest services..MFC is worse..aloo mr manager..stop counting the money la..anta ayam customer lagi bagus la..huhh..


mickie firdaus i.
This place really sucks!! The chicken taste like burned charcoal..and dont let me start with the pizza..it didnt deserved to be called a pizza ..just a bunch of chuck of leftover chicken on a goop 
Sudahkah anda makan di Restoran MFC ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.


4 Response to "[Review] Muzdalfa Fried Chicken B.B.Bangi (MFC)"

  1. Ijah EmoTemo Says:

    tak pernah pulak tahu ada restoran nama ni. heheh. nnt nk try jgk la sekali.

  2. Unknown Says:

    Tah la, restoran baru kot.. X cuba lagi pizza n nasi arab dia.. Kalau ayam dia biasa2 jek..

  3. jie san Says:

    pernah cuba tp kat kelantan mkn piza..to me piza dia masih xleh lwn piza radix la..tp kat kelantan layanan ok..

  4. ctredzuan Says:

    siyes cakap, rest paling hampeh prnah saya masuk sepanjang hidop, pekerja ramai tp kena ambik sendiri di kaunter, buat apa budak2 tu dok rilek jer takde kerja .. bayangkan kena bawak pinggan pizza panas dia tu.. pastu di kelantan pekerja dok korek idong pun ada, eww......