[Tutorial] Permindahan aplikasi di iDevice

Salam sejahtera semua. Pernahkah anda dan rakan-rakan melepak di kedai dan saling melihat iPhone/iPad kalian dan teringin untuk bertukar-tukar aplikasi yang dirasakan menarik? Tutorial ini akan menunjukkan cara untuk melakukan perkara tersebut. Sebelum tutorial pergi jauh dalam menunjukkan cara-cara permindahan aplikasi ini, dimaklumkan bahawa tutorial ini hanya boleh dilakukan untuk peranti-i yang sudah dijailbreak SAHAJA.

Tutorial ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk memindahkan aplikasi cracked (yang pernah dimuat turun dari Installous) dan memindahkan aplikasi original yang dibeli secara muat turun di App Store.

A. Permindahan Aplikasi Cracked

Keperluan:

Pemberi
1. iFile (aplikasi cydia)
2. Installous (aplikasi cydia)

Penerima
1. Installous

Cara Memindahkan:

1. Buka iFile. Sekiranya ini pertama kali anda membuka iFile, pastikan di bahagian Settings iFile anda, anda mengaktifkan Application Names dan Hidden Files seperti gambar di bawah.



2. Pergi ke bahagian /var/mobile/Applications. Pilih aplikasi yang ingin anda kongsikan. Tutorial ini memilih Angry Birds Space untuk dipindahkan. Sentuh icon folder Angry Birds itu.




3. Anda akan memasuki folder Angry Birds Space. Sentuh edit pada bahagian kanan atas dan pilih AngryBirdsSpace-iPhone.app dan iTunesArtwork seperti gambar di bawah.

 


4. Seterusnya, sentuh icon copy/paste (paling kanan di sebelah bawah). Pilih Copy/Link untuk membuat salinan bagi kedua-dua file tersebut.




5. Setelah menyentuh Done, pergi ke bahagian /var/mobile/Documents/Installous/Downloads. Sentuh Edit dan seterusnya icon copy/paste untuk menepek kedua-dua file yang telah dibuat salinan pada langkah sebelum ini.

 

6. Tanpa menyentuh Done, anda dikehendaki terus menyentuh icon tambah (+) di sebelah kiri bawah iFile untuk mencipta folder baru. Namakan folder itu Payload dan sentuh Create.

 

7. Masih tidak menyentuh Done, pilih fail AngryBirdsSpace.app, sentuh button copy/paste dan cut file tersebut. Tekan Done. Masuk ke folder Payload dan sentuh semula Edit serta dan icon copy/paste untuk paste file AngryBirdsSpace.app ke folder Payload. Sentuh semula Done dan keluar dari folder Payload.

 


8. Sentuh semula Edit dan pilih folder Payload dan iTunesArtwork. Seterusnya sentuh icon compress (icon kedua bawah kiri iFile) untuk mewujudkan file zip. Berikan nama pada file zip tersebut dan sentuh Create.

 


9. Setelah file zip tercipta, pilih folder Payload dan sentuh icon trash. Pilih Move File to Trash dan Empty Trash untuk memadam folder Payload. Sentuh Done.


10. Seterusnya, sentuh anak panah di file zip AngryBirdsSpace. Anda akan memasuki option untuk file tersebut. Sentuh pada nama file. Tukarkan .zip kepada .ipa seperti gambar di bawah untuk menukar format file zip kepada file IPA. Sentuh Done dan keluar dari option itu.

 

11. Lakukan perkara sama kepada file iTunesArtwork tetapi namakan file tersebut seperti nama file IPA anda tadi dengan tambahan .png seperti gambar di bawah.

 

12. Tutup iFile anda. Buka Installous anda dan rakan. Pastikan di bahagian Settings Installous di kedua-dua peranti-i anda dan rakan telah dihidupkan LocalSharing seperti gambar di bawah. Pergi ke tab Downloads. Anda akan dapat melihat file IPA AngryBirdsSpace yang anda buat di iFile telah berada di situ. Sentuh file itu dan pilih Send IPA.

 

13. Kedua-dua peranti-i anda dan rakan perlu berada di dalam wifi yang sama untuk pemindahan file ipa tersebut. Sekiranya anda berada di tempat yang tiada wifi, jadikan iPhone anda itu sebagai hotspot dan sambungkan peranti-i rakan dengan hotspot anda. Sekiranya kedua-dua peranti-i dalam wifi yang sama, anda akan dapat melihat nama peranti-i rakan di Installous anda. Pilih nama tersebut untuk menghantar. Di Installous peranti-i rakan, akan ada arahan untuk menerima file daripada peranti-i anda. Tahniah, anda telah berjaya menghantar file cracked dari peranti-i anda kepada rakan anda.

 






B. Permindahan Aplikasi Original

Keperluan:

Pemberi
1. Crackulous (aplikasi cydia)
2. iFile (aplikasi cydia)
3. Installous (aplikasi cydia)

Penerima
1. Installous

Cara Memindahkan:

1. Buka Crackulous. Pilih aplikasi yang ingin dihantar kepada rakan. Tutorial ini memilih Nike+GPS untuk dipindahkan. Setelah memilih, di tab Cracking anda akan dapat melihat aplikasi itu sedang dicrack oleh Crackulous. Tunggu hingga selesai.

 

2. Buka iFile. Pergi ke /var/root/Documents/Cracked. Anda akan dapat melihat file IPA yang anda crack tadi di situ. Sentuh Edit dan cut file tersebut. Tekan Done.

 

3. Pergi ke /var/mobile/Documents/Installous/Downloads. Tekan Edit dan paste file IPA anda di situ.


4. Tutup iFile dan buka Installous. File IPA Nike+GPS dengan icon putih akan berada di situ. Sentuh file tersebut untuk menghantar ke rakan anda seperti langkah menghantar file crack yang telah ditunjukkan di atas. Tahniah, anda telah berjaya crack aplikasi original dan berkongsi dengan rakan anda.

 



Optional: Sekiranya anda mahu file IPA yang anda crack mempunyai icon di Installous (bukan icon putih), setelah langkah ketiga, anda pergi ke /var/mobile/Applications dan masuk ke folder aplikasi original pilihan anda tadi dan copy serta paste iTunesArtwork ke /var/mobile/Documents/Installous/Downloads. Rename iTunesArtwork seperti nama file IPA yang telah anda crack menggunakan Crackulous dengan tambahan .PNG di hujung nama.

Selamat mencuba.