Alhamdulillah, pagi tadi aku berkesempatan untuk pergi ke KLIBF 2011 di PWTC bersama isteriku. Kenderaan di parkir di kawasan Hentian Putra dengan kadar RM3 sekali masuk. Kelihatan begitu banyak bas berderet-deret di luar bangunan PWTC.
Orang ramai telah mula membanjiri kawasan PWTC seawal 10.30 pagi. Ada pelajar sekolah dan ada orang dewasa berpakaian pejabat. Dalam hati aku berkata "Tak keja ke diorang nih? Ngular ker?" Terkena batang hidung sendiri. Ekekeke.. Kami menghampiri kaunter pertanyaan dan mengambil peta lokasi pameran. Aras 4 merupakan pameran buku dari publisher antarabangsa, aras 3 publisher tempatan dan aras 2 publisher kecil-kecilan.
Aras 4 menjadi sasaran kami. Suasana bagaikan di PC Fair. Bahu berlaga bahu, punggung berlaga punggung. Antara booth yang menjadi kunjungan kami adalah Wiley, Cambridge, Mc Graw Hill, Springer dan Pearson. Pelbagai buku ilmiah dijual di booth-booth berkenaan. Pelbagai ragam manuasia dapat disaksikan. Ada yang mengambil puluhan buku, meletakkan di bawah lantai dan kemudiannya meminta promoter mengira harga. Ada yang memilih milih buku dan ada yang duduk di atas lantai sambil membaca buku pilihan mereka. Kami hanya window shopping di sini.
Aras 3 menjadi destinasi seterusnya. Pelbagai buku-buku tempatan berada di sini. Ada buku berunsurkan keagamaan dan ada juga berunsur hiburan seperti komik. Kami singgah di booth NB Kara yang menjual buku-buku keluaran Norhayati Berahim, penulis novel-novel cinta kegemaran isteriku. Nasib kami agak baik kerana penulis berkenaan berada di situ dan sudi menandatangani buku yang dibeli serta bergambar dengan isteriku. Walaubagaimanapun booth Karangkraf tidak diletakkan di aras ini sebaliknya berada di aras 2 di dewan yang ditempah khas.
Selesai di aras 3, kami turun ke aras 2 dan menuju ke kawasan Karangkraf. Sememangnya Karangkraf begitu besar pamerannya. Pelbagai buku dan majalah keluarannya dijual di sini. Aku mencari buku novelis kegemaranku iaitu Ramlee Awang Murshid (RAM). Sambungan Trilogi Bagaikan Puteri yang bertajuk Sutera Bidadari menjadi pilihanku. Nasibku kurang baik kerana tidak dapat berjumpa dengan beliau. Aku dimaklumkan bahawa RAM akan hadir pada hari Sabtu dan Ahad dan akan melancarkan buku Sutera Bidadari dalam edisi hard cover. Aku pasrah. Setelah membeli buku berkenaan dan buku anak-anak, kami makan tengah hari di The Mall dan pulang pada pukul 2 petang.
Sudahkah anda pergi ke KLIBF 2011 di PWTC? Kongsikan pengalaman anda di bawah.
May 1, 2012 at 2:23 PM
Salam tuan rumah...
Datang bertandang ke mari :)
Dah pergi tadi, orang tersangatlah ramai... cuti hari pekerja kan. huuuu...
Dapat shopping sikit je pasal tak bawa duit banyak :(
Esok mahu pergi lagi sekali, insyaAllah ^^
May 1, 2012 at 4:39 PM
Ahahaha.. I pegi smlm tp yg entry ni tahun lepas punya.. Ahahahaha..
May 7, 2012 at 7:29 PM
Opppsss... baru perasan yang entri ni PBAKL 2011... ;p
*Maaf ye tuan rumah :)