[Review] Foursquare for iPhone


Rasanya semua orang dah tau apa itu foursquare. Foursquare ni boleh dikategorikan sebagai sosial network yang berasaskan lokasi. Secara dasarnya, ia adalah platform untuk memberitahu kawan-kawan kita di manakah kita berada. Walaubagaimanapun, itu bukanlah satu-satunya fungsi yang terdapat pada foursquare.

Oleh kerana foursquare ini berasaskan lokasi, maka ia memerlukan gadget2 yang mempunyai hardware GPS seperti yang terdapat dalam smartphone masa kini. Ia wujud dalam pelbagai OS mobile seperti iOS (iPhone), android, RIM (blackberry), symbian/Ovi (Nokia), windows phone dan sebagainya. bagi entry ini saya akan menggunakan iPhone sebagai demo.


Bagi pengguna pertama kali, apa yang perlu mereka lakukan adalah download dahulu perisian foursquare secara percuma di App Store dan kemudian mendaftar akaun bagi foursquare tersebut. Pengguna boleh menambah rakan-rakan dengan carian di facebook, twitter, nama dan contact number dalam phone kita. Dan lebih afdal jika akaun foursquare ini di'link'kan bersama akaun social network facebook dan twitter. Ia boleh di'link'kan dengan melayari foursquare web version.


Apabila sampai di sesebuah lokasi, pengguna perlu mengklik tab places pada foursquare. Foursquare akan memaparkan lokasi-lokasi sekeliling pengguna tersebut yang telah ditambah oleh pengguna foursquare yang lain. Pengguna boleh memilih tempat yang diminati dan menekan button check in. Pengguna boleh kongsi lokasi tersebut dengan rakan-rakan di facebook dan twitter serta boleh juga menambah mesej pada check in tersebut.


Lokasi yang dicari juga turut memaparkan tips-tips berkaitan dengan tempat tersebut yang ditinggalkan oleh pengguna lain. Dari tips-tips tersebut, pengguna boleh menilai dan mendapat gambaran berkaitan dengan tempat tersebut dan boleh juga menambahkan tips samada +ve ataupun -ve. Pengguna juga boleh mengupload gambar untuk dijadikan tips dan berkongsi bersama pengguna lain.
Menambah tempat baru sememangnya menjadi amalan bagi pengguna tegar foursquare. Tempat yang ditambah perlu diletakkan kategori-kategori tertentu supaya mudah pengguna lain mengetahui kategori lokasi tersebut. Penambah tempat diberi kuasa untuk mengedit nama tempat, menukarkan pin lokasi pada google map dan mudah untuk menjadi mayor (2 kali check in)


Mayor akan diperolehi apabila seseorang pengguna itu selalu meng'check-in'kan dirinya di lokasi tersebut. Mayorship ini boleh dicuri oleh pengguna lain sekiranya mayor tidak selalu turun padang (check in). Jadinya, mayor ini kena selalulah check in di bawah jagaannya supaya ia tidak dicuri ataupon berlakunya rampasan kuasa. Jadi, apakah kelebihan mayor ini? Sesetengah lokasi atau tempat, ia memberi kelebihan kepada mayor seperti mendapat diskaun atau mendapat hadiah-hadiah tertentu.


Selain itu, pengguna-pengguna foursquare kebiasaannya akan mengejar atau mendapatkan badges. Terdapat pelbagai jenis badges dan mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan badges tersebut. Ada badge yang hanya diperolehi apabila kita mengcheck in tempat yang dikategorikan sebagai Apple Store sebanyak tiga tempat (Jobs Badges), ada badge yang diperolehi hanya apabila kita check in di sesuatu tempat bersama 1000 pengguna foursquare yang lain (Epic Swarm badge). Keterangan lanjut berkaitan badges boleh diperolehi di SINI.

Rasanya itulah sedikit sebanyak review berkaitan foursquare. So apakah pendapat anda berkaitan foursquare? Sila kongsikan di bawah

0 Response to "[Review] Foursquare for iPhone"