[Review] ColorSplash


Bagi mereka yang suka fotografi dan edit gambar dengan campuran antara Hitam Putih dan warna, makan ColorSplash (CS) adalah pilihan terbaik dan mesra pengguna (user-friendly). Aplikasi ini membolehkan pengguna memilih bahagian gambar yang ingin diwarnakan dan bahagian yang ingin dikekalkan hitam putih dengan mudah.

Aplikasi bermula dengan pemilihan gambar di dalam folder Photo iPhone. Setelah memilih gambar, CS akan memberikan paparan hitam putih untuk gambar pilihan. Pengguna boleh menggunakan tab Pan & Zoom untuk fokus pada kawasan pilihan. 

 

Setelah fokus, pengguna perlu menggunakan tab Clor dan seterusnya menyentuh bahagian gambar yang ingin diwarnakan. Semasa mewarna, pengguna juga boleh zoom in dan out serta mengubah kedudukan gambar dengan menggunakan konsep pinch in n out 2 batang jari. Sekiranya pengguna tersalah warna, pengguna boleh menggunakan tab Gray untuk kembali menghitam putihkan kawasan yang tersilap warna tersebut. Selain itu button undo di bahagian atas kanan CS boleh digunakan untuk kembali ke command terakhir sebelum ini.




Red View Mode (icon atas ketiga dari arah kanan) boleh digunakan untuk mengenal pasti kawasan warna dengan lebih jelas terutama sekali pada gambar yang tinggi kecerahan. Warna merah akan terhasil di tempat yang telah pengguna edit untuk pewarnaan. Tab kedua dari arah kanan pula berfungsi untuk memilih jenis berus atau sentuhan samada ingin memilih yang kasar atau yang lembut.

 

Untuk tutorial yang lebih detail, CS terus menyediakan video tutorial yang boleh dilihat dengan menyentuh tab tanda soal (?). Sesudah selesai edit, pengguna boleh save atau menyimpan session pengeditan gambar atau save sahaja gambar yang telah siap.

 

Sebagai kesimpulannya, aplikasi CS ini sangat menarik dan mudah digunakan. Pengguna tidak perlu untuk melakukan pengeditan di laptop lagi untuk gambar-gambar yang diambil melalui camera iPhone dengan menggunakan aplikasi ini. Selamat mencuba.


Sudahkah anda menggunakan aplikasi ColorSplash ini? Kongsikan pengalaman dan hasil gambar anda di bawah.

3 Response to "[Review] ColorSplash"

  1. Absy Says:

    Selalu gak edit gambar guna ni

    Best & sgt senang nak guna :)

  2. Unknown Says:

    Absy ni sape ye?

  3. Absy Says:

    BG (^^)