Apabila kita membaca perkataan ShutDown sudah pasti yang berlegar di fikiran adalah menutup sesebuah komputer. iShutDown adalah sebuah aplikasi dari App Store yang berfungsi untuk menutup komputer anda samada ianya Windows PC mahupun MacBook Pro yang menggunakan OS X dengan iPhone anda. Ia boleh dimuat turun di App Store dengan harga USD0.99 atau percuma di Installous (pilihan anda).
Aplikasi ini akan mengesan sebarang komputer yang berada dalam network yang sama dengan iPhone anda secara automatik dan membolehkan anda shutdown atau restart komputer tersebut. Walau bagaimanapun, hanya komputer yang telah di install server iShutDown sahaja yang boleh ditutup dengan aplikasi ini. Dengan kata lain, komputer terlebih dahulu perlu menginstall aplikasi percuma yang terdapat di lama web berikut:
Bagi para jailbreaker yang biasa memuat turun aplikasi dari Cydia, sudah pasti mengetahui cara untuk uninstall aplikasi yang tidak diperlukan adalah dengan cara memasuki Cydia dan uninstall dari situ. Agak leceh bukan? Pengguna perlu search semula aplikasi tersebut, klik uninstall dan respring semula iPhone mereka.
CyDelete mampu membantu jailbreaker untuk menyelesaikan kesukaran tersebut. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di source BigBoss dan berfungsi untuk uninstall atau delete aplikasi dari Cydia seperti delete aplikasi dari App Store. Pengguna hanya perlu klik sebarang icon untuk beberapa saat sehingga icon akan bergoyang di mana pengguna akan dapat lihat terdapat simbol x atau pangkah di setiap aplikasi dari Cydia. Dengan klik x tersebut, aplikasi tersebut akan dipadam secara terus.
Sudahkah anda menggunakan aplikasi CyDelete ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.
The Heist merupakan game di iPhone yang berada dalam kategori puzzle yang mencabar minda pemain-pemainnya. Di permulaan game, pemain akan dihubungi oleh agen Sophia yang akan menerangkan kepada pemain untuk melepasi segala puzzle yang diberikan. Pemain akan dihubungi dari semasa ke semasa mengikut peringkat level yang berjaya dilepasi.
Pemain diberi 4 pilihan puzzle yang perlu diselesaikan bagi memecahkan sekuriti peti simpanan yang diarahkan. Dalam puzzle kategori pertama, pemain dikehendaki melepasi halangan blok kayu untuk membawa chip di punca kuasanya. Blok menegak hanya boleh digerakkan secara menegak dan blok melintang hanya boleh digerakkan secara melintang.
Puzzle kategori kedua adalah seperti Sudoku tetapi dalam bentuk simbol. Pemain perlu memastikan setiap baris tidak mempunyai simbol yang sama dan simbol perlu mengikut warna dalam kotak yang diberikan. Setiap kali pengguna berjaya ke level seterusnya, simbol-simbol berlainan digunakan.
Puzzle untuk kategori ketiga adalah menarik dimana pengguna perlu menggerakkan robot kecil bagi membawa kotak di tempat yang sepatutnya. Sekiranya pemain tersilap langkah, kotak tidak dapat digerakkan dan perlu mengulangi semula dengan menekan button replay dibahagian atas kanan game ini.
Di puzzle yang terakhir, pemain perlu menyusun litar agar ianya bersambung di punca dan penghujungnya. Semakin meningkat level game, semakin banyak wayar yang perlu disambungkan.
Secara keseluruhannya, game ini memang menarik dan sangat-sangat menguji IQ pemain dan sesuai dimainkan pada masa lapang. Sudahkah anda bermain game The Heist ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.
Salam sejahtera semua. Alhamdulillah, pada 27/5/2011 lebih kurang pukul 6pm, aku dan wife berkesempatan untuk makan di sebuah restoran baru di Seri Bangi, Bandar Baru Bangi yang diberi nama Muzdalfa Fried Chicken (MFC).
Restoran ini menyediakan menu yang unik di mana terdapat set fastfood seperti KFC iaitu ayam goreng dan burger. Selain itu set makanan Itali seperti Pizza juga disediakan dan makanan dari Arab iaitu Nasi Arab.
Aku dan wife membeli set makanan ayam goreng 2 ketul bersama fries, air Pepsi dan roti. Dari segi rasa, mmg masih jauh untuk menandingi KFC mahupun RFC yang terkenal di Kelantan. Harga menu adalah biasa dan affordable. Service di kaunter agak kurang baik kerana dari pengalaman aku tadi, cashier lambat untuk pulangkan duit baki. (manager pulak sebok duk kira duit syiling kat sebelah cashier)
Dari segi setting dalam restoran, mmg menarik di mana di lampu-lampu serta kerusi agak eklusif. Bahagian atas restoran turut disediakan mini playground untuk kanak-kanak.
I always thought KFC in bangi have slowest services..MFC is worse..aloo mr manager..stop counting the money la..anta ayam customer lagi bagus la..huhh..
This place really sucks!! The chicken taste like burned charcoal..and dont let me start with the pizza..it didnt deserved to be called a pizza ..just a bunch of chuck of leftover chicken on a goop
Sudahkah anda makan di Restoran MFC ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.
Personal Hotspot sudah pasti merupakan perkataan yang tidak asing bagi pengguna iOS 4.3. Ia adalah service yang ditambah kepada pengguna iPhone bagi membolehkan iPhone bertindak sebagai modem kepada device lain samada melalui kabel USB mahupun secara wireless (wifi/bluetooth). Untuk mengaktifkan ataupun sebaliknya fungsi ini, pengguna perlu memasuki menu Settings di iPhone dan seterusnya memasuki menu Hotspot untuk on/off Hotspot via wifi/Bluetooth atau USB. Ini merupakan sesuatu yang agak menjengkelkan bagi sesetengah pengguna.
Kini, pengguna iPhone jailbreak dapat mengatasi masalah ini. Personal Hotspot SBSettings Toggle boleh dimuat turun secara percuma di Cydia yang akan menambah icon Personal Hotspot di SBSetings iPhone pengguna. Bagi mengaktifkan Hotspot, pengguna hanya perlu klik icon tersebut dan satu menu akan keluar untuk membuat pilihan hotspot. Begitu juga untuk mematikan semula Personal Hotspot tersebut. Ia merupakan shorcut yang harus dimiliki oleh pengguna iPhone jailbroken bagi iOS 4.3.
Sudahkah anda menggunakan Personal Hotspot SBSettings Toggle ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.
Ok, kali ni aku nak review pasal aplikasi iPhone daripada Malaysia yang dinamakan MalaysiaMaps. Ia boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store yang disediakan juga untuk versi iPad. Aplikasi ini adalah aplikasi GPS-based yang akan memberitahu lokasi anda berada di peta yang disediakan dan menyenaraikan lokasi-lokasi penting di sekeliling anda. Peta yang disediakan agak lengkap dan pengguna boleh menggunakan button zoom (+ or -) untuk mendapatkan paparan zoom peta yang dikehendaki.
Terdapat beberapa tab di bawah peta di aplikasi tersebut yang boleh digunakan untuk kemudahan anda. Tab Search adalah untuk mencari lokasi pilihan dengan taipan nama tempat, tab Business adalah untuk memaparkan lokasi perniagaan di kawasan berhampiran, tab Tips untuk mengetahui tips yang ditinggalkan oleh pengguna lain bagi lokasi kawasan berhampiran dan tab Nearby untuk memaparkan segala lokasi berhampiran anda. Di tab Nearby juga, pilihan kategori disediakan untuk memudahkan pengguna sorting lokasi mengikut kategori pilihan.
Apabila tab More di tekan, 2 tab baru akan muncul iaitu Traffic dan Settings. Tab Traffic akan memaparkan camera view CCTV bagi pelbagai lebuhraya utama di Kuala Lumpur/Selangor. Dengan ini anda akan dapat melihat keadaan semasa di lebuhraya berkenaan dan sedikit sebanyak boleh merancang perjalanan anda. Button Refresh boleh ditekan untuk update paparan masa CCTV.
Di tab Settings pula, anda boleh menambah lokasi baru sekiranya anda ingin berkongsi lokasi yang tiada dalam senarai Malaysia Maps ini. Di sini juga anda boleh link akaun Facebook anda dengan aplikasi ini.
Walau bagaimanapun terdapat kelemahan atau bug kepada aplikasi ini. Jika diikutkan menu aplikasi ni, terdapat fungsi Directions To Here di lokasi pilihan pengguna tetapi apabila ianya ditekan, aplikasi memaparkan No Result. Mungkin perkara ini akan diperbaiki dalam versi yang akan datang.
Secara keseluruhannya, aplikasi ini akan menarik untuk mengetahui tempat-tempat utama di lokasi sekeliling anda dan pencarian lokasi tersebut. Sudahkah anda menggunakan aplikasi MalaysiaMaps ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.