[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 4.3.2 dengan RedSnow 0.9.6rc14 for Mac/Windows

Terima kasih diucapkan kepada dev-team dan @ionic kerana sekali lagi telah mengeluarkan release jailbreak untethered untuk iOS 4.3.2. Entri ini akan menunjukkan cara-cara untuk melakukan jailbreak tersebut kepada iPhone 4.

Keperluan:
1. iDevice yang menggunakan iOS 4.3.2 (tutorial menggunakan iPhone 4)
2. Redsnow 0.9.6rc14 (MacWindows)
3. File .IPSW iOS 4.3.2 (iPhone 4iPhone 3gsiPad, iPod Touch 4)

Kaedah Jailbreak:
1. Buka iTunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau.

2. Download file redsnow dan IPSW dan letakkan di dalam satu folder di desktop bagi memudahkan pencarian. Pengguna mac download redsnow for mac dan pengguna windows download redsnow for windows. Download file IPSW iOS4.3.2 mengikut model iDevice anda.


3. Buka file redsnow dan browse file IPSW iOS 4.3.2.



4. Redsnow akan proses file IPSW dan apabila selesai, klik button Next.

 


5. Pastikan kotak Install Cydia ditandakan dan klik button Next. Redsnow akan memberi arahan untuk mematikan iDevice anda dan plug in kabel USB iDevice tersebut kepada PC anda.

 

6. Ikut arahan di screen redsnow untuk memastikan iDevice anda memasuki mode DFU. Tekan button Power selama 3 saat. Seterusnya tanpa melepaskan button power, tekan pula button home selama 10 saat. Kemudian, tanpa melepaskan button home, lepaskan button power dan biarkan tekanan pada button home tadi selama 15saat. Redsnow kemudian akan mengekploitasi iDevice anda dan biarkan sahaja iDevice anda sehingga selesai. Anda akan nampak pelbagai tulisan dan code pada screen idevice anda dan akan ada gambar nanas sedang berlari. Tunggu sehingga idevice anda restart.

 

 
 

7. Sesudah iDevice anda restart, icon Cydia akan muncul pada page kedua anda (sekiranya page ke2 tidak penuh.) Klik Cydia dan pilih USER. Cydia akan download pakej-pakej tertentu dan sekali lagi akan membuatkan idevice anda restart.

 

8. Apabila idevice anda selesai restart, TAHNIAH, anda sudah jailbreak idevice anda.

Walaupun gambar-gambar dalam entri ini menunjukkan jailbreak yang dilaksanakan kepada iPhone 4 dan menggunakan redsnow for Mac, cara ini boleh juga digunakan untuk idevice yang lain dengan menggunakan redsnow windows seperti yang diberikan pada link di atas.

Sudahkaj anda jailbreak untethered iOS 4.3.2 dengan Redsnow 0.9.6rc14? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

17 Response to "[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 4.3.2 dengan RedSnow 0.9.6rc14 for Mac/Windows"

  1. zara Says:

    sekarang aku pakai 4.1 jb guna limerain...boleh tak terus guna cara kat atas untuk jb?

  2. Unknown Says:

    Boleh, tapi ko kene upgrade dulu ios ko ke 4.3.2 kat itunes.. Kalau malas nak buat gitu, JB cara snowbreeze.. Tutorial link bawah ni
    http://bacteria82.blogspot.com/2011/04/tutorial-jailbreak-untethered-ios-432_20.html

  3. zara Says:

    terima kasih bro becteria :D

    lu memang terbaik hehehe

  4. jimi power Says:

    salam.. tumpang tanye bro... sy ada ipad2 4.3.2 .. boleh jailbreak ke?? sbb sy tgk kat toturial nie iphone4 ,3gs ipad ...ipad2 boleh??

  5. Unknown Says:

    @jimi power
    Malang sekali, iPad 2 sehingga kini masih belum boleh dijailbreakkan kerana ia menggunakan A5 yang mana exploit yg ada kini hanya utk chip A4

  6. Anonymous Says:

    gan ane coba ikutin cara agan..

    uda beres sampe finish..

    cman knapa iphone ane malah minta colok k itunes trs ya? ky recovery mode.. tlong jwb ya gan..

  7. Unknown Says:

    Cuba ikut cara jailbreak ios 4.3.3 dengan snowbreeze

  8. Anonymous Says:

    salam bro...nak tnya..aku dah jb 4.1..nak upgrade 4.3...soalannyer..
    1)kalo backup kat itune..mcm mana ngan app pirate yg download.xder pa2 ker?
    2)before backup cydia kene remove dulu ker x pyh..

  9. Unknown Says:

    Since Apple dah keluarkan iOS 5.0.1, jadi anda tidak boleh lg nak upgrade ke 4.3.3 sebaliknya terus upgrade ke 5.0.1.

    Sebelum backup, lakukan Transfer Purchases dulu kat iTunes utk save semua crack app.

    X perlu remove Cydia utk backup mahupun bila nak upgrade. Selepas transfer purchases, buat backup dan terus upgrade ke 5.0.1. Then JB.. Lepas install installous, baru masukkan semua app2 crack tadi melalui iTunes

  10. Anonymous Says:

    oooo...thnx bro..risau gak nak backup dgn cracks apps ni..tkut diaorg detect jer..heheh
    tp pkai 3gs jer..boleh support ker ios 5.0 ni?

  11. Unknown Says:

    3GS support iOS 5.0.1.. Nak JB, boleh ikut cara ni
    http://bacteria82.blogspot.com/2011/10/tutorial-jailbreak-tethered-ios-5.html

    Tgk bahagian update, ada utk untethered JB

  12. Anonymous Says:

    orait...tp sori la bro...knowledge x byk la psl jb iphone ni...untethered ni sbrnyer mcm mana ek?

  13. Unknown Says:

    Baca ni
    http://www.idownloadblog.com/2011/10/22/untethered-jailbreak-vs-tethered-jailbreak-vs-semitethered-jailbreak/

  14. Anonymous Says:

    salam bro...try jb ios 5.0 td..tp error..pastu trus x ble on..kene restore balik pkai itune ker?kira setting asl balik ker..tp td da backup.

  15. Unknown Says:

    Yup, restore balik..

  16. Anonymous Says:

    salam bro..sori nak tnyala...jb da siap..tp time nak restore error plak..cb lg pon sama gak..napa ek..skng iphone x leh on la..

  17. annonymous Says:

    bro,sy pakai 3gs..camner nk jailbreak kalo power button rosak? ade cara laen ke nk jailbreak?
    tolong bro..