[Review] Tweetbot for iPhone



Dua hari lepas TapBot telah melancarkan applikasi Tweetbot untuk pengguna-pengguna twitter tegar iPhone. Dari segi GUI (graphical User Interface), applikasi ini memberi GUI yang menarik, kemas dan tersusun berserta fungsi-fungsi yang akan memudahkan pengguna.

Di Timeline, pengguna yang ingin berinteraksi dengan post di Timeline hanya perlu klik pada post pilihan dan akan keluar option di bawah post berkenaan. Sudah pasti anda mengetahui icon-icon seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah iaitu button reply, retweet, favourite, extra dan detail. Since button extra itu tiada di dalam aplikasi twitter yang lain, maka diceritakan sedikit berkenaan dengan button extra itu. Apabila button tersebut diklikkan, satu option baru akan muncul Di option tersebut, pengguna boleh post link tweet tersebut, boleh copy, email dan juga translate untuk bahasa-bahasa yang mungkin kita tidak fahami. 

 

Selain itu, pengguna boleh slide tweet pilihan di Timeline mereka ke kiri dan ke kanan. Slide dari kiri ke kanan akan memaparkan tweet-tweet lalu yang berkenaan dengan tweet tersebut.

 

Slide dari kanan ke kiri pula akan memaparkan terus tweet reply yang mungkin berkaitan dengan tweet tersebut (bagi yang ingin terus melihat sekiranya tweet tersebut ada atau tidak rakan reply bagi kes pengguna yang lama tidak buka twitter mereka dan malas nak scroll ke atas). Option ini memang sangat menarik untuk pengguna melihat tweet follower mereka tanpa perlu pergi ke timeline follower tersebut yang mungkin sudah bercampur aduk dengan tweet-tweet yang lain.

 

Option settings pula memberi pelbagai pilihan kepada pengguna untuk menukar interface mengikut citarasa yang dikehendaki. Bar highlight biru pula menunjukkan terdapat tweet terbaru yang belum dibaca oleh pengguna.


 

Interface untuk membuat tweet juga mudah dan mesra pengguna. Pengguna boleh juga preview tweet mereka sebelum post tweet tersebut di samping mempunyai pilihan-pilihan lain yang biasa terdapat pada aplikasi twitter yang lain seperti berkongsi lokasi dan berkongsi gambar/video.


 

Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kelemahan pada aplikasi tweetbot ini. Pertama, aplikasi ini tidak menyediakan Push Notification seperti yang terdapat pada Twitter for iPhone dan Facebook. Selain itu, kelemahan yang paling diharap dalam versi akan datang dapat diubah ialah hashtag. Sebagai contoh, apabila pengguna ingin fokus pada hashtag #maharajalawak dan pergi ke hashtag tersebut, pengguna hanya boleh view sahaja tweet-tweet berkaitan #maharajalawak tanpa boleh terus reply pada hashtag tersebut. Untuk reply, pengguna perlu kembali ke timeline mereka dan tweet seperti biasa dan perlu memasukkan semula hashtag #maharajalawak (tidak seperti Osfoora).

Walaupun begitu, perlu dimaklumkan di sini Tweetbot ini baru sahaja dikeluarkan dalam versi 1.0. Sudah pasti dan pasti, versi-versi akan datang, penambahbaikan demi penambahbaikan akan dilakukan oleh developer untuk menarik minat pengguna-pengguna. Secara keseluruhan, aplikasi ini memenuhi citarasa saya untuk memiliki aplikasi ini.

Sudahkah anda menggunakan aplikasi Tweetbot for iPhone ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

1 Response to "[Review] Tweetbot for iPhone"

  1. jimmy kurt Says:

    Bro tanya sket.. Kalau klu beli iphone 5 di us nak pakai kat malaysia ni boleh unlock x?