[Review] Papago! Singapore + Malaysia for iPhone

 

Salah satu application yang wajib untuk pengguna iPhone ialah Papago! Papago! merupakan sebuah application GPS yang paling user friendly dan merupakan satu keperluan pada masa kini. Dengan application ini, anda boleh pergi ke mana sahaja tanpa perlu menghafal atau mengetahui jalan untuk ke destinasi tersebut. Versi yang terbaru pada masa entry ini ditulis adalah Papago! M8.

Papago! memberi interface yang simple. Ia boleh diview samada dalam 2D atau 3D. Bagi memulakan pencarian, pengguna perlu ke Menu dan pilih POI Search (Place of Interest) untuk tempat yang famous seperti KLCC. Setkan tempat sebagai destinasi dan Papago seterusnya akan memaparkan peta laluan dan memberi arahan suara.

 

  

Carian tempat boleh dilakukan juga dengan menggunakan Menu Road. Pengguna hanya perlu menaip nama jalan, tukar range kepada negeri yang berkenaan untuk memperincikan carian dan pilih jalan berkenaan. Sebagai contoh, untuk pergi ke Jalan Kemboja di Kg Dato' Abu Bakar Baginda, pengguna hanya perlu menaip perkataan kemboja (tidak perlu perkataan jalan).

 

Pengguna juga boleh mengetahui coordinate mereka dengan memilih Menu Coordinate. Apabila sampai di sesuatu tempat favourite, pengguna boleh melihat coordinate mereka dan seterusnya boleh save coordinate tersebut kepada favorite list untuk memudahkan pencarian destinasi pada masa akan datang. Favorite list yang disimpan boleh dilihat semula pada Menu My List. Selain itu, pengguna boleh meminta kepada rakan, coordinate rumah atau tempat mereka dan coordinate ini apabila dimasukkan ke Menu Coordinate, Papago! boleh terus memberi arahan destinasi kepada pengguna. Oleh itu, jadikanlah satu budaya  untuk memasukkan coordinate atau LatLong di dalam kad jemputan perkahwinan anda bagi memudahkan rakan-rakan moden anda!

 

Pengguna juga boleh merekod perjalanan mereka dalam format video. Caranya adalah dengan sentuh anak panah sebelah penjuru kanan bawah screen dan tick kotak Recoder ON. Saya sendiri tidak pasti apakah keperluan untuk merekod perjalanan kita tetapi mungkin ia boleh dikongsi kepada rakan-rakan pengguna.


Sudahkah anda menggunakan application Papago! ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

1 Response to "[Review] Papago! Singapore + Malaysia for iPhone"

  1. Syd™ Says:

    salam bro bac. lepas aku download app ni, np aku xleh touch space bar time nk taip msj? dh jd biol skit la, huruf2 yg kt atas space bar yg kuar..