[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 4.3.1 dengan RedSnow 0.9.6rc9 for Mac/Windows

Tahniah diucapkan kepada dev-team kerana sekali lagi telah mengeluarkan release jailbreak untethered untuk iOS 4.3.1. Entry ini akan menunjukkan cara-cara untuk melakukan jailbreak tersebut kepada iPhone 4.

Keperluan:
1. iPhone 4 yang menggunakan iOS 4.3.1
2. Redsnow 0.9.6rc9 (Mac, Windows)
3. File .IPSW iOS 4.3.1 (iPhone 4, iPhone 3gs, iPad)

Kaedah Jailbreak:
1. Buka itunes dan buat backup (transfer purchases dan backup). Ini adalah langkah keselamatan sekiranya bermasalah semasa jailbreak, boleh restore semula pada yang asal. Malang tidak berbau.


2. Download file redsnow dan IPSW dan letakkan di dalam satu folder di desktop bagi memudahkan pencarian. Pengguna mac download redsnow for mac dan pengguna windows download redsnow for windows. Download file IPSW iOS4.3.1 mengikut model idevice anda.


3. Buka file redsnow dan browse file IPSW iOS 4.3.1

 

4. Redsnow akan proses file IPSW dan apabila selesai, klik button Next.

 

5. Pastikan kotak Install Cydia ditandakan dan klik button Next. Redsnow akan memberi arahan untuk mematikan idevice anda dan plug in kablel USB idevice tersebut kepada PC anda.

 

6. Ikut arahan di screen redsnow untuk memastikan idevice anda memasuki mode DFU. Tekan button Power selama 3 saat. Seterusnya tanpa melepaskan button power, tekan pula button home selama 10 saat. Kemudian, tanpa melepaskan button home, lepaskan button power dan biarkan tekanan pada button home tadi selama 15saat. Redsnow kemudian akan mengekploitasi idevice anda dan biarkan sahaja idevice anda sehingga selesai. Anda akan nampak perbagai tulisan dan code pada screen idevice anda dan akan ada gambar nanas sedang berlari. Tunggu sehingga idevice anda restart.

 


 

7. Sesudah idevice anda restart, icon Cydia akan muncul pada page kedua anda (sekiranya page ke2 tidak penuh.) Klik Cydia dan pilih USER. Cydia akan download pakej-pakej tertentu dan sekali lagi akan membuatkan idevice anda restart.

 

8. Apabila idevice anda selesai restart, TAHNIAH, anda sudah jailbreak idevice anda.


Walaupun gambar-gambar dalam entry ini menunjukkan jailbreak yang dilaksanakan kepada iPhone 4 dan menggunakan redsnow for Mac, cara ini boleh juga digunakan untuk idevice yang lain dengan menggunakan redsnow windows seperti yang diberikan pada link di atas.

Credit kepada blog Redmond Pie

Tutorial untuk install Installous iaitu alternatif kepada App Store boleh dibaca di entry [Tutorial] Install Installous di iPhone

Sudahkan anda jailbreak untethered iOS 4.3.1 iDevice anda? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

8 Response to "[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 4.3.1 dengan RedSnow 0.9.6rc9 for Mac/Windows"

  1. Anonymous Says:

    iphone 3gs boleh ke?

  2. bacteria82 Says:

    Boleh, gunakan file ISPW iphone 3gs seperti link yg diberi

  3. bacteria82 Says:

    Sesapa yang mengalami masalah, mungkin boleh baca website ini

  4. Anonymous Says:

    kalau lps tekan cydia tu x kluar apa2 camne?

  5. bacteria82 Says:

    Ko mmg pakai ios 4.3.1 ker? Kalau ko pakai ios 4.3.2 kene pakai jb lain, ada tutorial kat entry lain.. Btw kalau x boleh, cuba jailbreak semula.. Ulang proses

  6. farrel_moreg Says:

    Apakah saat mode DFU akan bermasalah???

  7. farrel_moreg Says:

    jika salah tekan saat mode DFU apakah akah bermasalah

  8. bacteria82 Says:

    @farrel_moreg: Tiada masalah.. Just ulangi process jailbreak