[Review] iPTT for iPhone


Pernahkah anda terfikir untuk memiliki sebuah walkie talkie seperti abang2 polis mahupun pakguard2 serta makguard2? Kini anda sebagai pengguna iPhone tidak perlu risau kerana anda boleh memiliki sebuah walkie talkie yang bukan sahaja boleh menghubungi rakan yang sejauh 1km dari anda, malah boleh sehingga beribu ribu kilometer jauh dari anda dengan penggunaan application iPTT.

Apa yang menariknya, application ini boleh dimuat turun secara percuma di AppStore. Seperti application2 yang lain, ia memerlukan pengguna untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu. Setelah mendaftar, pengguna perlu untuk memilih no radio yang dikehendaki secara manual dengan menggerakkan anak panah ke kiri dan ke kanan untuk pilihan nombor. Pilih nombor2 yang belum di register dan beritahu rakan2 anda untuk memasuki channel tersebut.


Terdapat juga channels yang telah berdaftar yang boleh dilawati oleh pengguna. Caranya adalah dengan double touch screen pada bahagian atas interface iPTT dan paparan seperti di gambar rajah di bawah akan muncul. Pilih Channels Listing untuk membuat pilihan Channels yang dikehendaki.

 

Scrin seterusnya akan memaparkan pilihan-pilihan channel yang ada. Sekiranya anda ingin berbicara dengan pengguna-pengguna Malaysia, Singapore n Brunei, boleh lawati channel Teman-iPTTnatikz di 12.7. Satu lagi channel yang bagus adalah channel Brunei 12.8. Mereka peramah belaka

 

Bagi memulakan percakapan, pengguna hanya perlu menekan bulatan hijau di iPTT. Sekiranya paparan "you have the floor" maka pengguna boleh memulakan percakapan. Paparan access denied akan keluar sekiranya ada pengguna lain yang sedap bercakap di channel tersebut. Semasa pengguna lain sedang bercakap, bulatan hijau di iPTT akan menjadi merah dan anda perlu mendengar sehingga dia habis bercakap.

 

Pengguna boleh bercakap secara peribadi dengan pengguna lain yang dikehendaki dengan menekan button whisper mode dah pilih nama pengguna tersebut. Pengguna juga boleh ignore pengguna lain yang dirasakan mengganggu mereka.


Sudahkah anda menggunakan application iPTT ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] iPTT for iPhone"