[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 4.3.1 dengan SnowBreeze v2.5 for Windows


Jailbreak Untethered iOS 4.3.1 Snowbreeze adalah keluaran hackerz yang tidak asing lagi bagi para jailbreaker yang menggunakan identiti iH8sn0w di twitter. Syabas dan terima kasih. Apa yang menarik, jailbreak yang beliau hasilkan membolehkan fungsi multi gesture diaktifkan. Dengan multi gesture ini, iPhone anda berfungsi ala-ala trackpad pada MacBook yang memberikan fungsi berlainan dengan bilangan jari anda.

Keperluan untuk jailbreak adalah seperti berikut:
1. iDevice (iPhone 4, iPhone 3gs, iPad)
3. SnowBreeze 2.5 - credit to iphonedownloadblog
4. File iOS 4.3.1 IPSW iDevice anda (iPhone 4, iPhone 3gs, iPad) - credit to iphonedownloadblog

Berikut adalah kaedah jailbreak (menggunakan iphone 4 sebagai contoh dan klik gambar untuk pembesaran):

1. Backup iPhone 4 anda. Tutup iTunes setelah selesai backup.


2. Letakkan file-file keperluan jailbreak di desktop PC anda. Buka file snowbreeze 2.5 dan klik arrow next.

 

3. Drag atau browse file IPSW iOS4.3.1 iPhone 4. Snowbreeze akan memberi paparan verifikasi IPSW iOS4.3.1 iPhone.

  


4. Pilih Expert mode dan seterusnya General.

 

5. Pastikan kotak Enable Gesture Menu dan Install SSH ditickkan. Setkan Root Partion Size kepada 880MB.


6. Abaikan page seterusnya dan klik arrow next. Pilih Build IPSW di page yang seterusnya.

 

7. Snowbreeze seterusnya akan memaparkan penghasilan file IPSW baru di screen. Biarkan sehingga selesai. File IPSW baru anda akan siap dan terletak pada desktop PC anda.

 

8. Snowbreeze memberi arahan supaya mematikan iPhone 4 anda dan menyambungkan kabel USB. Seterusnya ikut arahan untuk menjadikan iPhone anda kepada mode DFU.

 

 9. Apabila iPhone anda berada dalam mode DFU, buka semula iTunes. iTunes akan meminta anda untuk restore semula iPhone anda. Tekan SHIFT dan tanpa melepaskannya, klik Restore. Pilih file IPSW baru yang terhasil pada step 7. iTunes akan restore iPhone bersama dengan Cydia dan akan restart iPhone anda bersama Cydia. Restore user id iPhone anda yang telah anda backup pada step 1 dan TAHNIAH, anda telah jailbreak iOS4.3.1 untethered iPhone anda.



Sudahkah anda Jailbreak iOS 4.3.1 dengan menggunakan Snowbreeze 2.5 ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

5 Response to "[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 4.3.1 dengan SnowBreeze v2.5 for Windows"

  1. muhammad Says:

    bro,ipsw utk ipod 3rd gen kat mana nak cari?kalau pakai snowbreeze ni kita pakai ori ipsw ke custom ipsw?condition lain dah setel.ipsw je problem skrg

  2. bacteria82 Says:

    ipsw iPod touch boleh dapat dari sini
    http://appldnld.apple.com/iPhone4/041-0552.20110325.Yt67u/iPod3,1_4.3.1_8G4_Restore.ipsw

    Pakai ori masa step no 3.. IPSW custom akan terhasil pada step ke 7 dan gunakannya pada step ke 9

    Ni blog yg ada semua ipsw ori utk semua idevide
    http://www.iphonedownloadblog.com/iphone-downloads/

  3. bacteria82 Says:

    Walaubagaimana pun, saya recoomend anda untuk menggunakan jailbreak Redsnow utk ipod touch. Lebih selamat dan stabil. Boleh ikuti tutrial seperti di bawah

    http://bacteria82.blogspot.com/2011/04/tutorial-jailbreak-untethered-ios-431.html

  4. shamir Says:

    bro,kenapa saya ikut sampai step 9, tak boleh nak restore dan kluar popup kt itunes tulis error 3914. harap bro dpt tolong saya.

  5. bacteria82 Says:

    @shamir: Mmg betul ke anda guna iOS4.3.1? Kalau betul ape kata anda ulangi proses jailbreak tetapi menggunakan pc yang berlainan. Download itunes yg terkini. Pastikan step DFU menjadi dan proses iREB berlaku.. Selamat mencuba