Terdapat Apps di Cydia yang pada aku patut dibeli memandangkan tiada crack yang dilakukan untuk Apps tersebut. Oleh itu, tutorial ini akan menunjukkan cara pembelian terhadap salah satu Apps tersebut iaitu Apps PKGBackup. Review berkenaan Apps ini akan diceritakan di dalam entry yang akan datang.
Keperluan:
1. iPhone jailbreak
2. Akaun paypal yang cukup untuk pembelian (Cara Topup dalam Entri Ini)
Kaedah:
1. Masuk ke Cydia dan search PKGBackup. Pilih PKGBackup dari source BigBoss.
2. Cydia akan memaparkan harga PKGBackup. Klik Purchase.
3. Cydia akan meminta anda untuk login Cydia melalui Facebook atau Google bagi meneruskan pembelian. (Tutorial menunjukkan login melalui Google)
4. Klik Pay $7.99 via PayPal. Login ke akaun Paypal di paparan seterusnya.
5. PayPal akan menunjukkan butiran pembayaran anda dan klik Pay Now bagi meneruskan pembayaran.
6. Tahniah! Anda telah berjaya membeli Apps dari Cydia dengan menggunakan akaun PayPal anda. Klik button close dan Install Apps tersebut.
Sudahkah anda melakukan pembelian di Cydia menggunakan akaun PayPal? Kongsikan pengalaman anda di bawah.