Mac OSX yang merupakan OS kepada komputer Apple sudah sememangnya cukup sempurna dan boleh dipakai untuk keperluan harian. Walau bagaimanapun, adakalanya pengguna terpaksa juga mencari komputer yang menggunakan OS Windows bagi menjalankan sesuatu aplikasi yang tertentu. Sebagai contoh, pegawai kerajaan terpaksa menggunakan Internet Explorer yang hanya terdapat di OS Windows untuk memasuki laman "Her Mistakes" (HRMIS) dalam urusan pekerjaan. Oleh itu aplikasi VirtualBox boleh digunakan untuk menggunakan Windows di dalam Mac OSX.
Keperluan:
2. Image ISO Windows XP atau CD installer Windows XP.
Kaedah:
1. Install dan buka aplikasi VirtualBox.
2. Letakkan nama VM OS (contoh XP) dan pilih OS Windows XP.
3. Pilih jumlah memori RAM (256MB memadai).
4. Set Virtual Hard Disk dengan pilihan Create new hard disk.
5. Pilih Dynamically expanding storage dan size hard disk yang dikehendaki.
6. VirtualBox akan memaparkan summary pilihan anda.
7. Klik Start untuk memulakan proses installation.
8. Di paparan Select Installation Media, browse samada file image.ISO Windows XP atau pilih CD/DVD ROM sekiranya ingin menggunakan CD installer Windows XP. (Tutorial menggunakan image ISO)
9. VirtualBox akan memulakan proses installation seperti mana yang biasa dilakukan di PC Windows anda.
11. Untuk mengakses file di dalam Mac OSX melalui Windows XP, Powered Off dahulu Windows XP anda. Di VirtualBox, right click tab Windows XP dan klik Settings. Pilih tab Shared Folders. Create folders dan browse folder atau drive pilihan anda. Pastikan tick button Auto Mount. Folder pilihan anda akan muncul di My Computer Windows XP anda apabila anda on semula Windows XP tersebut.
Selain Windows XP, anda juga boleh install OS lain yang menjadi pilihan anda dengan menggunakan VirtualBox ini. Video di bawah menunjukkan tutorial seperti di atas untuk memudahkan kefahaman anda. Selamat mencuba!
Sudahkah anda menggunakan VirtulBox ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.
September 27, 2011 at 11:48 PM
install windows 7 melalui bootcamp .. best.. kemudian buka melalui Parallels Desktop 7. Cuma masalahnya ialah Parallels dianggap hardware berasingan, jadi proses aktivate bermasalah sikit walaupun sebelumnay win7 telh diactivate melalui bootcamp.
jadi cara terbaik.. gunakan RemoveWat untuk pintas proses avtivate.