[Tutorial] Topup Akaun PayPal Menggunakan Bank Online Tempatan

Rasanya sudah ramai yang mengetahui apakah itu Paypal. Ia adalah akaun pengantara bagi membolehkan pembayaran dibuat secara online melalui email dan akaun tersebut. Paypal biasanya dipakai semasa pembelian di eBay yang melibatkan pembelian menggunakan mata wang asing. Walaubagaimana pun terdapat pelbagai lagi tempat pembelian yang menggunakan akaun PayPal ini.

Jikalau dahulu PayPal memerlukan card credit untuk penambahan wang di akaun, kini pengguna boleh menambah wang akaun mereka dengan menggunakan sistem online bank tempatan. Disebabkan perkhidmatan topup ini dilaksanakan oleh RHB bank, penambahan wang akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM2. Wang yang ditambah boleh dalam bentuk matawang RM ataupun USD. Berikut adalah langkah-langkah untuk menambah wang di akaun PayPal.

1. Login akaun PayPal anda. Paypal akan memaparkan bagi terkini akaun anda.


2. Klik pilihan topup dan pilih samada ingin menambah melalui akaun RHB ataupun akaun lain. (Tutorial menggunakan akaun maybank). Paypal akan memaparkan arahan mengatakan ia akan memasuki ke site yang berlainan.



3. Pilih matawang yang dikehendaki (MYR/USD). Masukkan jumlah wang yang dikehendaki dan pilih Recalculate sekiranya memilih matawang USD. PayPal akan menunjukkan persamaan nilai USD yang dimasukkan dengan jumlah wang dalam RM. Klik Proceed.



4. Pilih bank yang dikehendaki. Popup bank pilihan akan keluar dan login akaun anda. (tutup popup blocker browser anda sebelum melaksanakan transaksi ini)



5. Bank akan memaparkan butiran penambahan wang. Klik continue dan pilih request TAC seperti transaksi yang biasa dilaksanakan untuk pembayaran. Masukkan no TAC dan tutup page berkenaan selepas transaksi berjaya.



6. Page akan menunjukkan transaksi berjaya dan menunjukkan butiran pembayaran. Save butiran ini sekiranya perlu dan klik button next. Tutup page berkenaan dan login semula ke akaun anda.



7. PayPal akan menunjukkan jumlah terbaru wang akaun PayPal anda. Tahniah! Anda telah berjaya menambah wang PayPal anda


Sudahkan anda menambah jumlang wang akaun PayPal anda dengan kaedah ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

0 Response to "[Tutorial] Topup Akaun PayPal Menggunakan Bank Online Tempatan"