[Review] True HD (Cydia App)

Bagi mereka yang mementingkan kualiti video khususnya kepada pengguna iPhone 4, sudah pasti limit yang dikenakan oleh Apple sangat menjengkelkan. Kualiti video yang sepatutnya mempunyai resolusi 1280x720 akan dikurangkan kualitinya kepada separuh apabila di upload secara terus melalui iPhone di laman sosial Facebook mahupun di Youtube.

Kini masalah ini dapat diselesaikan kepada pengguna iPhone 4 jailbreak. Tweak True HD yang boleh didapati secara percuma di Cydia akan membuang cap yang terdapat di iPhone pengguna dan membolehkan pengguna upload secara terus video true HD secara terus. Kini pengguna dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk mencari laptop mahupun desktop PC untuk transfer video-video true HD dan seterusnya perlu upload ke Facebook atau Youtube.  Tweak ini adalah compatible dengan jailbreak 4.3.1.

 

Sudahkah anda menggunakan tweak True HD ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.



0 Response to "[Review] True HD (Cydia App)"