Viber merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna membuat panggilan secara percuma dengan menggunakan sambungan internet samada melalui wifi ataupun 3G. Tidak seperti Yahoo Messenger! dan Skype yang memerlukan pendaftaran id dan id rakan-rakan untuk menambah rakan-rakan anda, Viber hanya memerlukan nombor telefon anda dan akan memaparkan rakan-rakan anda yang menggunakan aplikasi ini secara automatik.
Kualiti suara panggilan juga sangat memuaskan dan jauh lebih baik daripada YM dan Skype. Viber juga menjadi aplikasi yang terbaik untuk dimiliki memandangkan ia juga boleh dimuat turun secara percuma di App Store. Panggilan boleh diterima secara terus tanpa perlu untuk login ataupun membuka aplikasi tersebut. Sekiranya anda mematikan telefon, Viber akan memberi pesanan ringkas yang memberitahu anda bahawa anda ada menerima misscalled daripada rakan-rakan anda.
Selain membuat panggilan, Viber juga menyediakan kemudahan untuk penghantaran dan penerimaan SMS secara percuma. Anda boleh menjemput (invite) rakan-rakan yang lain untuk menggunakan aplikasi Viber secara mudah melalui saluran seperti Facebook, Twitter, Emel dan SMS.
Buat masa ini Viber hanya boleh digunakan di iPhone. Walau bagaimanapun, Viber akan melancarkan aplikasi ini kepada pengguna Android tidak lama lagi dan sedang dalam tempoh percubaan untuk pengguna BlackBerry. Sudahkah anda menggunakan Viber ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.