[Tutorial] Mendapatkan LatLong di Google Maps

LatLong merupakan singkatan daripada perkataan Latitude dan Longitude yang memberi kedudukan yang tepat di atas muka bumi ini. Tutorial ini akan menunjukkan cara untuk mendapatkan LatLong sesuatu lokasi secara mudah di google maps. LatLong ini boleh dimasukkan ke dalam device GPS pengguna bagi memudahkan pencarian sebenar semasa memandu. LatLong ini juga boleh dimasukkan di dalam kad perkahwinan bagi memudahkan pengguna mencari lokasi perkahwinan tersebut.

Kaedahnya:
1. Buka Google Maps di PC anda. Login akaun google. Bagi yang belum mendaftar, sila ikut arahan pendaftaran.


2. Cari lokasi yang dikehendaki. (Taip alamat/nama jalan/nama tempat).


3. Klik Google Maps Labs. Icon Google Maps Labs ini adalah berbentuk flask hijau yang terletak di bahagian atas penjuru kanan Google Maps. Scroll ke bawah sehingga menjumpai LatLng Tool Tips. Klik button Enable. Klik button Save changes. (langkah ke 3 ini hanya perlu dilaksanakan sekali sahaja)


4. Arahkan cursor mouse anda di lokasi yang dikehendaki di Google Maps. Tekan button SHIFT untuk memaparkan latlong lokasi tersebut.


5. Tahniah!!! Anda telah berjaya mendapatkan LatLong lokasi yang anda kehendaki. Gunakan LatLong ini di device GPS anda.


Sudahkah anda menggunakan LatLong ini untuk memudahkan hidup anda? Kongsikan pendapat anda di bawah.

0 Response to "[Tutorial] Mendapatkan LatLong di Google Maps"