Kali ni nak review berkenaan dengan Angry Birds Rio (ABR). Tidak seperti Angry Birds biasa yang ingin membunuh babi-babi hijau yang curi telur mereka, ABR memberi scenario di mana mereka semua telah ditangkap oleh helang yang menginginkan ganjaran bounty. Mereka telah diculik dan di bawah kesebuah gudang di Rio De Janeiro. Di situlah mereka berjaya membebaskan diri dan ingin membebaskan burung-burung lain yang turut diculik. Video berikut adalah trailer berkaitan dengan ABR (must watch, very cute).
Konsep game adalah sama di mana pemain perlu melastik Angry Birds yang diberikan kepada sangkar-sangkar burung lain yang diculik untuk membebaskan mereka. Lagi sikit penggunaan burung yang dilastik dan lagi banyak barang-barang sekeliling yang pecah, maka lagi banyak markah yang akan diperolehi. Pemain perlu peka kepada keadaan sekeliling kerana terdapat beberapa peralatan yang boleh digunakan atau dijatuhkan untuk memberi kuasa binasa yang lebih mantap.
ABR boleh didonlot melalui App Store dengan harga USD0.99 untuk pengguna iPhone/iPad dan USD4.99 untuk pengguna Mac OSX. Pengguna Mac OSX boleh donlot free di SINI. Ekekeke. Berikut adalah beberapa screenshot ABR for Mac OSX.
Cerita permulaan games
Melastik burung pada sangkar
Anak-anak burung berjaya dibebaskan
Jatuhkan bola besi
Sudahkah anda bermain ABR? Kongsikan pengalaman anda di bawah.
April 4, 2011 at 2:28 PM
dah main... tapi kena tunggu mei utk next stage huhuhu
April 4, 2011 at 5:42 PM
Aik? Kenapa mesti tunggu Mei? Tgh busy study yek?