Facebook for iPhone sekali lagi mengeluarkan update terbaru iaitu versi 3.4.1. Apa yang menarik untuk versi terbaru ini ialah, pengguna boleh menambah rakan-rakan mereka dengan carian di Contact (Facebook akan auto detect email dan mobile telefon di Contact pengguna). Caranya adalah:
Menu>Friends>Arrow atas penjuru kanan>Find Friends
Selain itu, pengguna boleh invite rakan-rakan yang belum memiliki Facebook yang mana semuanya boleh dilakukan di iPhone mereka. Update yang lain adalah pembaikan bug-bug tertentu.
Sudahkah anda upgrade Facebook for iPhone anda ke versi 3.4.1? Kongsikan pendapat anda di bawah.