[Review] WebUI daripada Verlinex Network

Pasti anda semua biasa mendengar utorrent bukan? Terutama kepada kaki download yang suka mengunakan torrent untuk mendapatkan benda-benda entertainment kesukaan mereka. WebUI pula adalah kemudahan untuk pengguna mengaccess utorrent di browser dengan sambungan internet iaitu menggunakan utorrent yang bukan berada di komputer pengguna sendiri tetapi di komputer atau server di sesuatu tempat lain (biasanya luar negara). Dengan ini, pengguna boleh membiarkan proses download torrent tanpa perlu membiarkan PC hidup dan tanpa sekatan daripada internet provider di Malaysia.

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini daripada forumer di lowyat forum.  Aku adalah salah seorang daripada pengguna dan di sini aku ingin berkongsi review service yang aku sewa daripada Verlinex Network yang menggunakan id Vantoria sebagai contact person di LYN. Harga yang ditawarkan adalah seperti di LINK INI. Dari segi interface, memang menarik dan mudah. Pengguna boleh terus upload file torrent mereka di web yang disediakan. Download speed torrent juga boleh dikatakan laju antara 1MB/s ke 2MB/s bergantung kepada seeder. Sebarang pertanyaan dan service direply dengan cepat oleh contact person Vantoria itu. Superb. Berikut adalah screenshot WebUI tersebut.





Apabila file torrent siap didownload, pengguna perlu menggunakan applikasi download yang support ftp seperti Flashget untuk direct download ke PC pengguna. Kelajuan download adalah maximum mengikut pakej internet pengguna tanpa sebarang sekatan. Berikut adalah screenshot download menggunakan Flashget dengan pakej Streamyx 4MB.



Sudahkah anda menggunakan perkhidmatan seperti WebUI ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

0 Response to "[Review] WebUI daripada Verlinex Network"