[Story] Scam atau betul?

Tengah hari tadi aku telah menerima panggilan daripada seorang individu yang menamakan dirinya En Saiful Nizam yang mendakwa dirinya daripada Maybank. Dia ingin mendapatkan detail berkenaan credit card yang baru aku daftar 3 bulan yang lepas.

Katanya dia ingin menghantar sijil perlindungan bagi pemohon credit card yang mana Maybank telah menukar dari kertas kuning kepada sijil. Dia meminta segala maklumat seperti nama penuh pada card, ic dan tempat bekerja. Dia juga meminta nama waris yang mana katanya aku tidak sertakan dalam perlindungan tersebut.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah dia menghubungi aku hanya dengan menggunakan nombor telefon bimbit. Selain itu dia juga meminta 3 nombor security di belakang kad. Apabila dia meminta nombor tersebut, aku dah rasa x sedap hati dan terus mematikan talian.

Apa yang aku pelik dia tau nombor di atas card dan tarikh luput kad tersebut. Beberapa kali dia cuba menghubungi aku tetapi aku abaikan. Cara dia explain semasa meminta detail memang sangat meyakinkan.

Adakah ini pegawai bank yang sebenar atau scammer? Boleh ke pegawai bank meminta nombor security tersebut? Adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

4 Response to "[Story] Scam atau betul?"

  1. Anonymous Says:

    nampak sangat scam..bank tak akan contact melalui email atau telefon.

  2. Unknown Says:

    Itulah.. Nasib baik aku x bagi.. Bahaya woo skang ni, mcm2 scam.. hati hati la ye.. Sebarkan kepada rakan-rakan..

  3. JunosBoy Says:

    actually itu bukan orang bank, salah satu prosedur bank atau pihak insurans hanyalah menyatakan soalan2 ya atau tidak. jika anda bercakap ya, dia akan proceed untuk product yang dinyatakan, tetapi masalah skrg hanyalah menukarkan dari kertas putih ke sijil dan meminta butiran seperti dinyatakan. agak lucu bukan, itu mmg scammer :D .. jadi kepada yang ada kredit card tue, sape2 yg mnta nombor ataupun yg lain2 ... jgn bagi dah lah .. sbb kalau pihak insurans, dia akan mnta utk d confirm kan.. itu sahaja :D .. bukan bertanyakan soalan2 yang merepek

  4. Unknown Says:

    @JunosBoy Terima kasih atas komen anda. Yup, sebab itulah aku kongsikan cerita ini pada uols semua. Dan utk pengetahuan semua, esoknya pihak yang mendakwa maybank call semula aku dan kali ni guna pulak nombor tepon opis. Layan sket2 pastu aku terus letak. Hampes betul.