[Pendapat] 3G VideoCall???

Aku sering dengar orang berkata "iPhone 4 tak best pasal tak boleh buat videocall dengan telefon lain!". Ya, tidak dinafikan memang iPhone hanya boleh FaceTime sesama sendiri tetapi itu adalah untuk videocall yang berkualiti tinggi.

Persoalannya di sini, perlukah masih nak bergantung dengan network provider untuk buat panggilan video 3G? Mampukah kita nak bayar panggilan video yang berjam-jam lamanya? Bolehkah panggilan video dibuat kepada rakan kita yang berada di luar negara? 

Dalam dunia tanpa sempadan dengan kewujudan internet pada masa kini, kita sebenarnya tidak perlu bergantung kepada panggilan video 3G kita. Pada masa kini, boleh dikatakan semua orang memiliki akaun Yahoo Messenger, Skype, Apple id, MSN Messenger dan lain-lain. Aplikasi-aplikasi seperti ini sememangnya telah menyediakan kemudahan untuk membuat panggilan video melalui sambungan internet secara wifi mahupun 3G. Kita bukan sahaja dapat membuat panggilan video dengan rakan-rakan di Malaysia, malah dapat membuat panggilan video dengan rakan-rakan yang berada di luar negara.

Dengan kewujudan aplikasi-aplikasi di atas, boleh dikatakan fungsi 3G VideoCall yang terdapat di kebanyakan smartphone adalah TIDAK BERGUNA SAMA SEKALI. Apple sebenarnya mengubah cara hidup penggunanya kepada kemajuan dan tidak mengikut trend lama yang sudah lapok dan ketinggalan zaman itu. 

Apakah pendapat anda dengan panggilan VideoCall melalui 3G ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

1 Response to "[Pendapat] 3G VideoCall???"

  1. okky Says:

    Dapatkah sony ericsson xperia mini pro membuat panggilan 3G