[Story] Kuala Lumpur International Book Fair 2011 (KLIBF 2011)

Alhamdulillah, pagi tadi aku berkesempatan untuk pergi ke KLIBF 2011 di PWTC bersama isteriku. Kenderaan di parkir di kawasan Hentian Putra dengan kadar RM3 sekali masuk. Kelihatan begitu banyak bas berderet-deret di luar bangunan PWTC.

Orang ramai telah mula membanjiri kawasan PWTC seawal 10.30 pagi. Ada pelajar sekolah dan ada orang dewasa berpakaian pejabat. Dalam hati aku berkata "Tak keja ke diorang nih? Ngular ker?" Terkena batang hidung sendiri. Ekekeke.. Kami menghampiri kaunter pertanyaan dan mengambil peta lokasi pameran. Aras 4 merupakan pameran buku dari publisher antarabangsa, aras 3 publisher tempatan dan aras 2 publisher kecil-kecilan. 

Aras 4 menjadi sasaran kami. Suasana bagaikan di PC Fair. Bahu berlaga bahu, punggung berlaga punggung. Antara booth yang menjadi kunjungan kami adalah Wiley, Cambridge, Mc Graw Hill, Springer dan Pearson. Pelbagai buku ilmiah dijual di booth-booth berkenaan. Pelbagai ragam manuasia dapat disaksikan. Ada yang mengambil puluhan buku, meletakkan di bawah lantai dan kemudiannya meminta promoter mengira harga. Ada yang memilih milih buku dan ada yang duduk di atas lantai sambil membaca buku pilihan mereka. Kami hanya window shopping di sini.


 

Aras 3 menjadi destinasi seterusnya. Pelbagai buku-buku tempatan berada di sini. Ada buku berunsurkan keagamaan dan ada juga berunsur hiburan seperti komik. Kami singgah di booth NB Kara yang menjual buku-buku keluaran Norhayati Berahim, penulis novel-novel cinta kegemaran isteriku. Nasib kami agak baik kerana penulis berkenaan berada di situ dan sudi menandatangani buku yang dibeli serta bergambar dengan isteriku. Walaubagaimanapun booth Karangkraf tidak diletakkan di aras ini sebaliknya berada di aras 2 di dewan yang ditempah khas.


 

    


 

 



Selesai di aras 3, kami turun ke aras 2 dan menuju ke kawasan Karangkraf. Sememangnya Karangkraf begitu besar pamerannya. Pelbagai buku dan majalah keluarannya dijual di sini. Aku mencari buku novelis kegemaranku iaitu Ramlee Awang Murshid (RAM). Sambungan Trilogi Bagaikan Puteri yang bertajuk Sutera Bidadari menjadi pilihanku. Nasibku kurang baik kerana tidak dapat berjumpa dengan beliau. Aku dimaklumkan bahawa RAM akan hadir pada hari Sabtu dan Ahad dan akan melancarkan buku Sutera Bidadari dalam edisi hard cover. Aku pasrah. Setelah membeli buku berkenaan dan buku anak-anak, kami makan tengah hari di The Mall dan pulang pada pukul 2 petang.



Sudahkah anda pergi ke KLIBF 2011 di PWTC? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

[Review] Tuxera NTFS - Write di Drive Format NTFS Bagi Pengguna Mac OSX

Bagi pengguna Mac OSX adalah tidak menjadi masalah untuk memindah atau memadamkan file di USB drive / external drive yang berformat FAT/FAT32. Akan tetapi sekiranya drive external tersebut dalam format NTFS, pengguna Mac OSX hanya boleh buka atau read file tersebut sahaja tanpa boleh rewrite di drive tersebut. 


Bagi mengatasi masalah ini, pengguna boleh install aplikasi yang diberi nama Tuxera NTFS. Setelah install aplikasi ini, pengguna boleh delete, edit file di hard disk berformat NTFS seperti biasa.



Ni LINK utk download.

Sudahkah anda menggunakan aplikasi Tuxera NTFS ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] Game Stupidness 2 PRO


Game Stupidness 2 PRO merupakan game yang sangat simple di iPhone tetapi ia sedikit sebanyak menguji minda dan IQ pemain-pemainnya. Pengguna dikehendaki menyelesaikan segala arahan dan task yang dipinta oleh game tersebut. Kadangkala game ini akan menghendaki pengguna untuk berfikir di luar kotak (think out of a box). Pada pertama kali bermain game ini aku hanya mendapat keputusan IQ di bawah 300 sahaja dan untuk main kali kedua, aku mendapat lebih daripada 700 IQ (ye la, dah taukan segala taktik). Sekiranya pengguna hilang pedoman dan blur untuk menyelesaikan task yang dipinta, pengguna boleh klik pada klue tetapi ini akan menolak jumlah IQ anda. Berikut adalah screenshot game tersebut.











Sudahkah anda bermain game Stupidness 2 PRO ini? Berapakah jumlah IQ yang anda perolehi? Kongsikan pengalaman anda di bawah.

[Review] PKGBackup (Cydia App)

PKGBackup adalah salah satu daripada aplikasi di Cydia yang masih belum di cracked especially untuk  pengguna iOS 4.3.2. Pada pendapat aku, aplikasi ini adalah sangat berbaloi untuk dibeli oleh pengguna yang selalu update iOS dan jailbreak mereka. Cara pembelian aplikasi ini telah dibincangkan pada ENTRI INI.

Apakah kelebihan dan kegunaan aplikasi ini? Seperti namanya, ia berfungsi untuk membuat backup terhadap segala aplikasi dan sources yang didownload oleh pengguna jailbreak di Cydia. Selain aplikasi, maklumat penting seperti contact, calender, chat, photo dan video juga dapat dibackup dengan menggunakan aplikasi ini. Oleh itu, sebelum seseorang pengguna upgrade iOS kepada yang baru, pengguna hanya perlu backup maklumat mereka samada create contact file ataupun upload di akaun Dropbox. Setelah backup dan upgrade, pengguna hanya perlu jailbreak semua iOS mereka dan download semula PKGBackup sahaja. Setelah restore, segala aplikasi dan sources yang telah didownload sebelum ini akan diinstall secara automatik oleh aplikasi ini. Mudah bukan? Berikut adalah screenshot aplikasi ini.

 

 


 

 

Sudahkah anda menggunakan aplikasi PKGBackup ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Review] Update Facebook for iPhone Version 3.4.1


Facebook for iPhone sekali lagi mengeluarkan update terbaru iaitu versi 3.4.1. Apa yang menarik untuk versi terbaru ini ialah, pengguna boleh menambah rakan-rakan mereka dengan carian di Contact (Facebook akan auto detect email dan mobile telefon di Contact pengguna).  Caranya adalah:

Menu>Friends>Arrow atas penjuru kanan>Find Friends

 


Selain itu, pengguna boleh invite rakan-rakan yang belum memiliki Facebook yang mana semuanya boleh dilakukan di iPhone mereka. Update yang lain adalah pembaikan bug-bug tertentu.

Sudahkah anda upgrade Facebook for iPhone anda ke versi 3.4.1? Kongsikan pendapat anda di bawah.

[Tutorial] Jailbreak Untethered iOS 4.3.2 dengan SnowBreeze v2.6 for Windows


Apple sekali lagi telah mengeluarkan upgrade iOS terbaru iaitu 4.3.2. Bagi yang meminati multi gesture  iOS jailbreak sudah semestinya akan memilih Snowbreeze 2.6 keluaran hackerz yang tidak asing lagi bagi para jailbreaker yang menggunakan identiti iH8sn0w di twitter. 

Keperluan untuk jailbreak adalah seperti berikut:
1. iDevice (iPhone 4/iPhone 3gs/iPad/etc).
2. iTunes 10.2.2.
3. Snowbreeze 2.6 - credit to iphonedownloadblog.
4. File iOS 4.3.2 IPSW iDevice anda (iPhone 4iPhone 3gsiPad, iPod Touch 4th) - credit to iphonedownloadblog.

Berikut adalah kaedah jailbreak (menggunakan iphone 4 sebagai contoh dan klik gambar untuk pembesaran):

1. Authorize iTunes, transfer purchases dan backup iPhone 4 anda. Tutup iTunes setelah selesai backup.

2. Letakkan file-file keperluan jailbreak di desktop PC anda bagi memudahkan proses jailbreak. Buka file snowbreeze 2.6 dan klik arrow next.

 

3. Drag atau browse file IPSW iOS4.3.2 iPhone 4. Snowbreeze akan memberi paparan verifikasi IPSW iOS4.3.2 iPhone.

  

4. Pilih Expert Mode dan seterusnya Build IPSW.

 

5. Snowbreeze seterusnya akan memaparkan penghasilan file IPSW baru di screen. Biarkan sehingga selesai. File IPSW baru anda akan siap dan terletak pada desktop PC anda.

 

6. Snowbreeze memberi arahan supaya mematikan iPhone 4 anda dan menyambungkan kabel USB. Seterusnya ikut arahan untuk menjadikan iPhone anda kepada mode DFU.

 

7. Apabila iPhone anda berada dalam mode recovery, buka semula iTunes. iTunes akan meminta anda untuk restore semula iPhone anda. Tekan SHIFT dan tanpa melepaskannya, klik Restore. Pilih file IPSW baru yang terhasil pada step 5. iTunes akan restore iPhone bersama dengan Cydia dan akan restart iPhone anda bersama Cydia. 

 


 

8. Restore user id iPhone anda yang telah anda backup pada step 1 dan TAHNIAH, anda telah jailbreak iOS4.3.2 untethered iPhone 4 anda.


Sudahkah anda Jailbreak iOS 4.3.2 dengan menggunakan Snowbreeze 2.6 ini? Kongsikan pengalaman anda di bawah.