Ryan Petrich sekali lagi telah mengeluarkan tweak terbarunya di dalam menyahut cabaran #tweakweek iaitu setiap hari, satu tweak dikeluarkan. Tweak tersebut adalah SliderBar. SliderBar akan menambah slider di bahagian kanan screen iPhone bagi memudahkan anda scroll ke atas dan ke bawah page anda. Anda akan melihat icon titik-titik di bahagian tepi screen iPhone dan apabila titik-titik ini disentuh, satu bar baru akan muncul dan anda boleh scrolling page anda dengan bar tersebut.
Seperti setiap tweak Ryan Petrich yang dikeluarkan sebelum ini, anda boleh memuat turun secara percuma dengan menambah source http://rpetri.ch/repo. Tweak ini tidak memberi icon baru dan tidak wujud di bahagian Settings iPhone anda. Berikut adalah screenshot bagi tweak ini.
Sudahkah anda menggunakan tweak SliderBar ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.