AnyRing merupakan sebuah Cydia App yang memberi anda kebebasan untuk menukar tones pada ringtones iPhone anda, message tones dan juga email sound. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara berbayar di source BigBoss dengan harga USD3.99 atau boleh muat turun versi cracked di source SinfuliPhone.
Setelah proses installation, sebuah icon baru akan muncul di SpringBoard anda. Di paparan utama AnyRing, anda akan diberi menu untuk menukar tones 3 item yang telah diberitahu seperti di atas. Sekiranya anda ingin membuat SMS Sound, anda perlu tap icon yang telah disediakan. Anda akan diberi pilihan untuk memilih source lagu anda.
Sekiranya anda memilih source dari library iPod anda, anda akan diberi paparan lagu-lagu dalam iPhone anda itu. Apabila satu lagu dipilih, anda akan diberi paparan untuk edit duration atau masa bagi tones tersebut. Terdapat 2 bar di bahagian duration lagu tersebut untuk anda mengubahsuai masa bagi lagu tersebut dengan cara menarik icon-icon tersebut kepada saat yang dikehendaki. Sekiranya anda tap bar tersebut 2 kali, anda akan diberi paparan masa untuk dipilih dengan lebih mudah. Sesudah selesai, anda hanya perlu tap bar Done di bahagian atas dan tones anda siap untuk digunakan.
Anda boleh double tap pada icon tones yang telah di tick hijau untuk unset lagu tersebut sekiranya anda tidak lagi mahu lagu itu menjadi tones anda.
Sekiranya anda memilih YouTube sebagai source lagu anda, anda akan diberi paparan menu untuk search video pilihan anda. Video yang dipilih akan dimuat turun music atau tonesnya dan anda seterusnya akan diberi paparan edit duration lagu seperti yang telah dibincangkan di atas.
Jikalau anda seorang yang alert, anda pasti akan perasan terdapat tab contact di bahagian bawah screen awal AnyRing. Tab itu adalah menu untuk menukar Ringtones dan SMS Tones bagi setiap contact anda.