MultiSlide merupakan Cydia tweak yang menarik di mana anda boleh customize LockScreen anda sebagai shortcut untuk pergi membuka program pilihan. Ia boleh dimuat turun secara percuma di bawah source BigBoss. Settings MultiSlide akan wujud di bahagian Setting iPhone setelah proses installation. Di Settings tersebut, anda boleh set program pilihan bagi bilangan slide dari satu hingga ke lima. Slide dikira dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri secara berterusan. Slide kiri ke kanan pertama adalah untuk unlock iPhone seperti biasa tetapi sekiranya pengguna meneruskan slide ke kiri semula, barulah kiraan Slide One itu dikira dan begitu pula untuk slide yang seterusnya.
Screenshot berikut adalah untuk memberi anda gambaran fungsi dan cara tweak ini beroperasi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda sendiri harus mencubanya. Anda cuba, anda dapat.
Sudahkah anda menggunakan tweak MultiSlide ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.