[Review] Orbit (Cydia App)


Orbit merupakan sebuah Cydia App yang memberi peluang kepada anda untuk merasai Expose di iPhone sebagaimana anda menggunakannya di Mac OS X. Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah itu Expose, ia merupakan feature yang terdapat di Mac OS X di mana anda boleh membuat beberapa Desktop dan meletakkan beberapa running application di Desktop pilihan bagi memudahkan anda manage aplikasi-aplikasi tersebut dengan sistematik. 

Screenshot berikut adalah Expose yang digunakan di Mac OS X.


Ok, kembali semula kepada Orbit. Ia akan memberi sebuah icon di SpringBoard iPhone anda setelah proses installation yang berfungsi untuk mengaktifkan aplikasi ini. Apabila Orbit ini diaktifkan, anda akan dapat melihat semua page di iPhone anda bersama dengan page Spotlight ala-ala Expose yang terdapat di Mac OS X. Pasti sukar untuk mengaktifkan Orbit ini jikalau setiap kali mahu mengaktifkan, anda terpaksa menekan icon tersebut bukan? Di sinilah Activator memainkan peranan. Anda boleh set Orbit untuk diaktifkan dengan cara pilihan anda di Activator di bawah menu AnyWhere. Saya menggunakan pengaktifan Swipe Down iaitu menarik jari dari bahagian Clock iPhone ke SpringBoard.

Berikut adalah screenshot bagi aplikasi Orbit ini.

 

Sudahkah anda menggunakan aplikasi Cydia Orbit ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

2 Response to "[Review] Orbit (Cydia App)"

  1. Anonymous Says:

    terbaik ah u!! semua ok je sy cube.. tp tonesfx pro tu poblem la at 3gs.. stuck on safe mode..

  2. Anonymous Says:

    terbaik ah u!! semua ok je sy cube.. tp tonesfx pro tu poblem la at 3gs.. stuck on safe mode..