[Review] RunningIndicator (Cydia App)


RunningIndicator merupakan sebuah tweak Cydia yang termasuk dalam cabaran TweakWeek yang dilancarkan oleh Ryan Petrich. Tweak ini adalah alternatif atau shortcut untuk mengetahui Background Application yang dibuka oleh iPhone anda. Seperti tweak-tweak lain di bawah cabaran TweakWeek, RunningIndicator boleh dimuat turun secara percuma di bawah source http://rpetri.ch/repo. 

Satu menu baru yang ringkas akan mencul di Settings iPhone anda apabila selesai installation dan respring. Menu ini memberi pilihan kepada anda untuk On/Off bagi Show Close Button. Sekiranya menu ini dihidupkan (On), segala running application anda akan mempunyai tanda pangkah (X) pada icon aplikasi tersebut selain daripada menunjukkan percahayaan pada icon tersebut. Apabila tanda pangkah ini ditekan, aplikasi itu akan ditutup sebagaimana anda menutup Background Application (tekan HomeScreen Button 2 kali, sentuh icon aplikasi beberapa saat dan tekan tanda pangkah).

Berikut adalah screenshot bagi tweak RunningIndicator dengan perbezaan On/Off menu Show Close Button.

a) Show Close Button On



b) Show Close Button Off


Sudahkah anda menggunakan tweak RunningIndicator ini? Kongsikan pendapat anda di bawah.

0 Response to "[Review] RunningIndicator (Cydia App)"